BAB 8
ANGAN-ANGAN tidak semestinya akan menjadi nyata.
Khayalan lelaki itu pergi jauh mencari
gadis itu. Gadis itu amat dinantinya. Sayangnya, dia masih gagal menghubungi
Jannah. Di pejabat Jannah tiada. Nombor telefonnya sudah tidak berfungsi. Sudah
beberapa hari dirinya nanar menahan rindu dendam.
Sesungguhnya dia terasa kalah dengan
perasaan yang kian mencengkam. Gadis itu tidak mudah untuk dimiliki. Saat ini
dia hanya mampu berkhayal mengikut kehendak hatinya. Semakin lama bermain
dengan angan-angan, keinginan untuk memiliki sekujur tubuh muda itu semakin
meluap-luap.
Kelopak mata Tan Sri Malik terpejam.
Membayangkan pakaian gadis itu ditanggalkan satu persatu. Di ruangan matanya
terlihat gadis itu tergeletak pasrah di atas ranjang. Bibirnya mula tersenyum.
Indahnya..
“Abang Malik..” spontan kelopak mata
lelaki tua itu terbuka sedikit. Nada lemak merdu meruntun nafsu itu membuatkan
dia memandang ke arah datangnya suara itu. Terpapar di matanya sekujur tubuh
langsing seorang gadis dengan ketinggian sederhana. Wajah dan suaranya mirip
benar akan Jannah. Atau sebenarnya itu adalah Jannah.
Gadis itu masuk lalu merapatkan pintu.
Tan Sri Malik menelan liur menahan desakan perasaan.
“Abang tunggu Ana?” tanya gadis itu
lunak.
Tan Sri Malik mengangguk sambil
ternganga. Matanya mula meliar memandang susuk Jannah dari atas ke bawah. Kalau
selama dia hanya membayangkan sendiri. Kali ini sudah tidak sabar mahu
melihatnya sendiri. Tanpa nikah atau dengan nikah, dia tetap mahukan Jannah!
Inilah masanya memandangkan tiada sesiapa di pejabatnya dalam waktu ini.
“Abang nak, sayang..” rayu Tan Sri Malik
berbaur nafsu. Tubuh gadis yang sedang berdiri di sebelah kerusinya itu diraih
lalu dipeluk.
“Abang, janganlah buat macam ni. Kita
belum nikah tau,” rengek Jannah manja.
“Abang tak kira. Abang nak sekarang,”
ucap lelaki itu dalam nafas memburu. Di matanya tiada lain. Dia ingin
mengerjakan tubuh gadis ini semahu-mahunya!
Di mata berbaur nafsu itu, gadis itu
sedang membelainya. Hakikatnya..
“Jangan!!! Tolong!!!!” gadis itu
memekik, meronta tidak rela.
“Ana.. abang cintakan Ana. Abang
cintakan Ana!”
Realiti sudah tenggelam di matanya. Yang
hadir, hanya tipu daya iblis. Iblis yang dijemputnya.
Sehingga telah selesai melampias
kehendak jantannya, Tan Sri Malik tiba-tiba kalut. Baru tersedar siapa
sebenarnya gadis itu. Nasi sudah menjadi bubur, bak kata orang. Lelaki tua itu
pantas bangun mengancing seluarnya. Tubuh separuh bogel yang sudah diratahnya
itu dibangunkan.
“Jangan sentuh!!”
“Diamlah. Aku tak sengaja. Kau jangan
beritahu sesiapa pasal ni. Jangan beritahu mama kau!”
Mengongoi-ngongoi gadis itu menangis.
Tangan Tan Sri Malik ditepisnya. Jijik dengan perlakuan sang ayah.
Melihat Naini masih menangis, Tan Sri
Malik mula mencari jalan untuk memujuk. Lebih dari itu perbuatannya harus
ditutup.
“Papa.. papa bagi kau duit. Kau jangan
beritahu sesiapa. Papa tak sengaja,” pujuk Tan Sri Malik sambil mengusap bahu
Naini.
“Papa memang dah gila!! Menjijikkan!!!”
“Diamlah. Nanti orang tahu.”
“Biarlah orang tahu. Biar semua orang
tahu siapa papa sebenarnya!!” jerit Naini dalam tangisan. Namun pipinya
ditampar oleh sang ayah.
“Kau buat bising lagi, aku pukul kau
lagi teruk nanti! Macamlah kau tu dara lagi!! Kau bocorkan rahsia ni, nahas
kau!! Jangan cuba-cuba bocorkan rahsia ni pada orang lain kalau tak mahu susah!
Sesiapa yang cuba hancurkan aku, aku akan hapuskan dia, kau faham??” jerkah Tan
Sri Malik berang. Langsung tidak merasa bersalah atau jijik dengan perbuatannya
tadi.
Naini terdiam tidak lagi melawan setelah
mendengar ugutan sang ayah. Sedar yang ayahnya memiliki bermacam-macam ilmu.
Dia jadi takut untuk berbuat sesuka hatinya. Gadis itu segera membetulkan
pakaiannya. Kemudian dia berlari keluar dari kamar itu.
Tan Sri Malik duduk semula di kerusinya.
Wajahnya diraup. Resah. Dalam diam bimbang juga Naini membocorkan rahsia itu.
“Ni semua si bodoh tu punya pasal! Kalau
dia bagi aku kahwin dengan Ana, tak adanya aku akan buat begitu pada anak aku
sendiri!!” bentaknya seorang diri.
Berkali-kali dia sudah mencuba untuk
mendapatkan gadis itu. Gagal. Dia tahu, selagi lelaki itu hidup, jalan untuk
dia mendapatkan Jannah, memang sukar. Dia harus mencari jalan untuk
menyingkirkan lelaki itu terlebih dahulu.
Lelaki itu duduk bersandar di kerusinya.
Mata dipejamkan sambil mulutnya membaca sesuatu.
Aku mahu dia mati! Kata-kata itu berlegar
berkali-kali di benak Tan Sri Malik.
“Adakah engkau mengakui bahawa aku ini
amat berguna kepada engkau?” suara itu kedengaran menderu halus di telinga Tan
Sri Malik.
“Ya!”
“Maka ikutilah apa yang paling aku
sukai. Kau tak akan merasa hampa denganku,” balas suara di telinganya itu.
Mata lelaki itu celik serta merta. Kini
dia tahu apa yang perlu dibuat untuk melunaskan kehendak hatinya.
SETIAP malam bacaan ayat suci Al Quran dilagukan. Tersentak dari
kejadian sebelum ini, Jannah seperti telah tahu apa yang perlu dibuat untuk
melindungi diri dari gangguan yang cuba mendekat. Kehidupan dijalani penuh
hati-hati.
Namun sekali lagi kejadian aneh beberapa
malam sebelumnya terjadi. Selepas tengah malam anjing jiran hadapan rumah mula menyalak
tanpa sebab. Ariff segera meninggalkan sejadah untuk melihat apa yang sedang
berlaku.
Insyirah sekadar memandang. Ariff segera
membuka pintu gelangsar lalu untuk ke balkoni. Namun tiba-tiba sahaja pintu
kamar itu dibuka dari luar. Jannah meluru masuk ke dalam.
“Mommy.. takutnya.” Tanpa segan silu
anak itu menghenyak punggung di sebelah ibunya. Bukan main rapat lagi duduknya
dengan si ibu.
“Baca Al Quran. Jangan pedulikan bunyi
tu,” ucap Insyirah.
Ariff terus berdiri di luar memerhati
persekitaran rumahnya. Bukan sekadar melolong, anjing jiran hadapan rumahnya
meronta-ronta di pintu pagar seperti marahkan sesuatu.
“Booby, silent! Haip!” herdik tuannya dari jendela atas.
Ariff terlihat seseorang menjengah
cermin atas untuk melihat apa sudah terjadi kepada anjingnya. Anjing bertubuh
besar itu langsung tidak peduli. Dia melonjak-lonjak di hadapan pagar seperti
mahu keluar menyerang.
Namun kemudian Mr. Lim jiran di hadapan
menyuluh ke arah rumah Ariff dengan lampu suluh besar.
“Hello.. who is that?” laungnya seolah-olah ada seseorang di
situ.
Kemudian lelaki itu menyuluh ke arah
balkoni tempat Ariff berdiri. Ariff berpaling sedikit akibat cahaya itu.
“Tan sri, ada sesuatu depan rumah you,”
laungnya.
“I know..” jawab Ariff kuat.
Lelaki Cina itu terus menyuluh bahagian
tepi pintu pagar. Keningnya berkerut. Susuk seseorang kelihatan seperti mengorek-ngorek
tanah di hadapan rumah jirannya. Tiba-tiba dia merasa gentar. Itu tidak
kelihatan seperti manusia biasa. Kalau benar itu manusia, masakan tidak lari
disalak anjing.
“Hello..” tegur Mr. Lim semakin kuat.
Sampai satu saat merasa dirinya
terganggu, makhluk itu menoleh. Rupanya kelihatan dengan jelas dia seperti
bercakap dalam keadaan marah dan menyemburkan sesuatu dari mulutnya. Spontan
anjingnya melolong seperti baru dilanggar kereta. Dan makhluk itu melonjak ke
udara sebelum terbang sebagai bola api.
Kala itu lampu suluh di tangan Mr. Lim
terjatuh akibat ketakutan. Segera dia menarik jendela sehingga tertutup dan
lintang pukang dia lari di dalam rumahnya.
Anjing itu? Terbaring di lantai sambil
kakinya menendang-nendang seolah-olah dalam kesakitan. Mulutnya mengeluarkan
bunyi sayu dan seterusnya dia kaku dengan mata terbuka.
Wow...
BalasPadamSerius best baca.suspen...
BalasPadamSerius best baca.suspen...
BalasPadam