Ahad, 29 Jun 2014

KIAH PROPA VS MAMAT KEREK 14+15+16

14

Pagi Sabtu itu..
“Kiah, hari ni kita sarapan roti canailah. Tak payah masak..” ucap Jeffrey pagi itu. Teringin nak tukar selera pula.
“Boleh le, abang. Kiah tak kisah. Roti canai ke.. roti gedeniyaa ke..” jawab Kiah meleret.
Jeffrey tergelak kecil mendengar jawapan si isteri. Gardenia jadi gedeniyaa..
“Abang pergi beli ya? Kiah tunggu rumah.” Jeffrey bersuara lagi seketika kemudian. Seluar panjang disarung dan dompet miliknya disisipkan di poket belakang.
“Aboh mu..” panggil Kiah lembut.
“Ye..”
“Pergi pasor sekali ye? Beli ikan dengan sayo. Takde ape Kiah nak masok tengahari nanti..” pinta Kiah.
“Yalah..” sambut Jeffrey biasa.
Kiah membuntuti Jeffrey ke pintu depan. Jeffrey terus membuka pintu.
“Aboh mu..” panggil Kiah semula tatkala Jeffrey mahu keluar. Agak mendayu suaranya.
Jeffrey sekadar menoleh kepada si isteri di belakangnya. Kiah sedang bersandar pada pintu yang separuh terbuka.
“Jalan tu baik-baik leeee..” ucap Kiah perlahan.
“Iye, sayang..”
“Kut jumpe anok dare ke.. oghang tine doh jadi jande ke.. jangan le tengok lame-lame. Nanti ketumbit mate tuuu..” ucap Kiah bertambah perlahan suaranya. Dengan riak wajah yang amat polos Kiah melarikan hujung jari telunjuk di belakang Jeffrey.
“Kalau tertengok?” usik Jeffrey sengaja menahan senyum.
“Tengok sekali tok ngape.. tengok banyok kali, Kiah congkey mate tu nanti,” jawab Kiah selamba.
“Amboi.. ganasnya nak cungkil mata abang. Kalau anak dara atau janda tu yang tengok abang tak apa.. kan?” sambut Jeffrey lantas menyeringai seronok.
“Itu lagi lee.. tok boleh! Kut ade anok dare meghoyam ghope tu, cakap aje leee ke deme.. Kiah ade di ghomah ni. Nunggu aboh mu balik. Deme cari le oghang lain. Aboh mu yang ni.. Kiah dah cop dulu,” ucap Kiah lembut. Tanpa memandang wajah si suami dia sekadar menguis-nguis baju tee yang dipakai Jeffrey.
“Kiah cop abang macamana tu? Cuba tunjuk sikit,” ucap Jeffrey nakal.
“Eee.. aboh mu ni! Meghonyam bebenor! Dengan Kiah tok ngape.. dengan oghang lain tak boleh gitu,” balas Kiah malu-malu.
“Kenapa pulak tak boleh?” tanya Jeffrey selamba.
Iye leee.. sebab aboh mu kan Kiah yang punye,” jawab Kiah lantas menekup wajah. Malu! Nak cakap I love you memang terlalu keras lidahnya.
Jeffrey tersenyum sambil menggeleng sendiri. Ada-ada ajalah bini aku ni. Main berkias-kias macam tu pulak..
“Abang pergi dulu ya? Tutup pintu.”
Iye lee..” sambut Kiah. Setelah beberapa langkah lelaki itu berlalu pintu terus ditutup dan di kuncinya. Seronok hidup rasanya semenjak kebelakangan ini.
Dengan sekadar berjalan kaki Jeffrey singgah di kedai mamak tidak jauh daripada kawasan kediamannya. Sudah ramai orang di kedai itu. Sabtu begini ramai yang memilih untuk bersarapan dengan keluarga di luar. Sementara menunggu roti canai yang dipesan siap Jeffrey menikmati teh tarik di sebuah meja di luar restoran mamak itu. Namun seketika kemudian dia disapa seseorang.
“Kiah mana? Kau makan sorang aja kat sini?” tanya Kak Sali lantas duduk di meja yang sama dengan Jeffrey.
“Mana ada makan. saya tengah tunggu roti canai bungkus. Kiah kat rumah.” Jeffrey sekadar menjawab biasa.
“Senyap-senyap aja kau kahwin ya, Jeff? Tak jemput akak pun!” getus Kak Sali sambil menjeling anak muda itu.
Jeffrey sekadar tersenyum biasa tanpa menjawab. Takkan dia nak cerita yang dia menikahi Kiah kerana mereka ditangkap basah?
“Bini kau tu ada jual barang dengan akak.”
“Barang apa?” tanya Jeffrey semula. Keningnya mula berkerut memandang wajah Kak Sali.
“Alah.. barang apa kau mesti tahukan? Takkan akak nak sebut kuat-kuat kat sini. Tapi memang powerlah jamu yang dia promote kat akak tu. Kau tahu, Jeff..” Kak Sali mula menarik nafas dalam sebagai persediaan untuk meluahkan cerita yang dijangka akan menjadi panjang lebar sekejap lagi.
“Jamu tu mula-mula memanglah nampak macam biasa aja. Tapi abang akak tu kata sekarang ni dia kerja setakat 8 jam ni macam tak rasa apa. Segar aja rasa badan. Dulu sebelum makan jamu tu.. cepat benar mengantuknya. Kau tahulah abang akak tu kerja bawak kren.. kerja bukannya macam orang lain. Bahaya! Bla.. bla.. bla..”
“Malam hari pulak.. bla.. bla.. bla.. pot pet pot pet.. dah akak pulak yang rasa nak pitam melayannya. Dia segar.. akak pulak yang tak larat. Yalah.. akak ni anak ramai. Dengan kerja rumah nak buat, jaga anak.. hantar anak ke sekolah lagi. Lepas tu malam nak kena layan suami. Tapi semenjak akak makan jamu rapat dara abadi yang Kiah promote kat akak tu. Dah tak jadi masalah! Laki akak pun dah tak komplen.. bla.. bla.. bla.. pot pet pot pet.. sekarang ni saudara mara akak semua dah bertanyakan jamu tu. Dia orang pun hairan tengok akak laki bini. Macam pengantin baru!”
Jeffrey termanggu memandang wajah Kak Sali. Ni siapa yang jual jamu? Bini aku.. ke dia? Akak ni pun elok jual jamu jugak. Sebab mulut nak sama macam bini aku.. bisik hati Jeffrey sendiri.
“Mana kau kenal si Kiah tu ek? Akak sukalah dengan bini kau tu, Jeff.”
“Kat kampung, kak..” jawab Jeffrey biasa sambil tersenyum sedikit kepada wanita itu. Kemudian cawan teh tariknya diangkat ke bibir sambil hatinya berbisik.. manalah roti canai aku ni! Cepatlah. Aku nak balik. Tak larat nak dengar akak ni membebel.
“Itulah.. bini kau tu memang peramah. Satu bangunan ni dah kenal dia! Sekarang siap ada gelaran lagi dia orang bagi kat bini kau. Kiah ratu pasak arjuna! Patutlah akak tengok kau ni senyum aja sepanjang hari. Maklumlah.. dapat bini ratu pasak arjuna.”
Spontan habis tersembur air teh yang baru masuk ke mulut Jeffrey. Dan dia terbatuk-batuk. Kelam kabut dia mengambil tisu.
“Amboi.. sampai tersedak! Kau ingat kau sorang aja ke nak makan jamu tu? Laki akak semenjak amalkan jamu tu dah boleh buat bunyi kuda! Itu belum lagi.. pot pet pot pet..”
“Iye, kak..” Jeffrey hanya mampu mengangguk kepada bebelan wanita itu.
“Memang hebatlah bini kau tu, Jeff. Akak ni semenjak amalkan jamu yang dia promote tu.. laki akak tu asyik nak tutup lampu cepat aja. Pot pet pot pet.. bla.. bla.. bla..”
Jeffrey hanya mampu tersengih kambing memandang Kak Sali. Amboi Kiah.. orang lain dia boleh bagi jamu pasak arjuna tu. Laki sendiri kedekut!
“Kalau betul-betullah caranya.. bini kau tu boleh jadi business woman berjaya tau, Jeffrey. Percayalah cakap akak ni.”
“Mana dia kenal orang-orang tu semua?” tanya Jeffrey kepada wanita itu.
“Akaklah yang kenalkan. Bila akak cerita pasal jamu tu kat kawan-kawan akak, ramailah yang nak cuba. Akak kenalkanlah dengan Kiah. Dah makin famous bini kau sekarang, Jeff. Sekarang ni budak-budak bujang pun dah mula tanyakan Kiah. Manalah tahu kut-kut ada produk yang sesuai untuk dia orang,” jawab Kak Sali riuh.
“Budak bujang? Nak buat apa budak bujang makan jamu? Bukan itu untuk orang dah kahwin ke?” tanya Jeffrey hairan.
“Isy! Kau ni.. jamu ni tak semestinya untuk kuatkan tenaga batin aja. Ada yang untuk tambah tenaga, hilangkan lesu nak berkerja. Orang zaman sekarang ni makan macam-macam.. badan banyak toksik. Sebab tulah berkerja pun cepat letih, mengantuk.. susah nak fokus,” jelas Kak Sali.
“Tapi saya tak suka bini saya berjumpa dengan orang sembarangan ni, kak. Kiah tu bukannya faham sangat perangai orang di sini ni.”
“Iyalah.. Alah! Kau jangan risaulah, Jeff. Tahulah akak menjaga bini kau tu. Akak tahu Kiah tu jenis lurus. Selalunya bila dia jumpa pelanggan dia, akak ada sekali sebab jumpa kat rumah akak. Lagipun dia orang semua tu bukannya orang dari luar. Semuanya duduk sama kondo dengan kita,” ucap Kak Sali.
Jeffrey sekadar mengangguk. Terlihat seorang pelayan datang membawa plastik ke meja itu dia segera mengeluarkan dompet.
“Kirim salam akak kat bini kau ya?” ucap Kak Sali sebelum Jeffrey berlalu.
“Insya-Allah..” jawab Jeffrey dengan sedikit senyuman.
Setiba di rumah Jeffrey terpaku. Aku salah rumah ke?? Apasal wangi semacam aja ni? Bau minyak wangi itu tidak pernah dihidunya sebelum ini.
Jeffrey keluar seketika. Memang betullah ni rumah aku.. bisik hatinya setelah memandang nombor yang tertera pada dinding luar rumahnya. Kemudian dia masuk semula.
“Kiah..” panggil Jeffreya agak kuat.
Kiah muncul tiba-tiba di hadapan mata Jeffrey. “Ye, aboh mu..” jawab Kiah.
Jeffrey terpaku. Hampir terjatuh plastik berisi ikan di tangannya melihat wanita di hadapannya itu.
“Kiah?”
“Ye..”
Jeffrey mula menapak selangkah demi selangkah mendekati si isteri tanpa dapat mengalihkan pandangannya walaupun sedetik. Plastik di tangannya sekadar di letak di atas meja tidak jauh dari tempat dia berdiri tadi.
Kiah terdiam membiarkan lelaki itu memandang dia selama mana yang dimahukan. Namun dia terasa wajahnya hangat merona.
“Cantik macam ni..” ucap Jeffrey perlahan.
Blaus berwarna pink lembut yang melekat di tubuh wanita itu mengikut bentuk tubuh Kiah. Blaus itu sedikit jarang membuatkan isi kandungan di dalamnya tidak susah untuk dilihat. Sungguh! Inilah pertama kali dia melihat Kiah mengenakan baju jenis begitu. Kalau tidak.. tak habis-habis dengan baju kedahnya.
“Mana beli baju ni?” tanya Jeffrey perlahan.
“Katalog..” jawab Kiah perlahan.
Jeffrey terus terpaku. Bibir wanita itu nampak sedikit berkilat. Macam ada kesan lip gloss ataupun lipstik.
“Aboh mu nak makan ke nak nengok Kiah aje?” tegur Kiah tidak selesa asyik dipandang begitu. Segan benar dia.
“Err.. iya. Nak makanlah ni. Roti canai dah beli ke?” Jeffrey menggaru kepalanya.
“Aboh mu yang beli ke.. Kiah yang beli? Mane le Kiah tahu doh beli ke belum,” balas Kiah hairan.
“Oh ya.. abang yang beli tadi. Emm.. Kak Sali kirim salam. Tadi abang jumpa dia kat kedai.” Jeffrey memandang Kiah sekilas sebelum memandang ke arah meja makan. Tiba-tiba rasa macam sesak nafas pula bila tengok Kiah bergaya begitu. Hilang terus rasa laparnya. Sebaliknya rasa nak pandang Kiah aja sampai ke subuh esok!
“Waalaikumussalam..” jawab Kiah perlahan. Melihat di atas meja ada beberapa bungkusan plastik di atas meja Kiah segera meninggalkan suaminya di situ.
Jeffrey terus memandang lenggok Kiah berjalan. Adui.. cantik sangat pun susah jugak. Aku yang susah nak kelipkan mata, getus hati Jeffrey saat merenung Kiah berdiri di tepi meja makan.
Kemudian lenggang Kiah yang mula bergerak ke dapur dipandang lagi tanpa berkedip. Kiah berpaling sekilas saat dia berada di ambang dapur. Jeffrey dilihatnya masih berada di tempat yang sama memandang dia. Kiah sekadar tersenyum sedikit kepada suaminya itu.
Jeffrey mendesah perlahan sambil memegang dadanya. “Aku kena heart attack ke ni? Ada ke mana-mana suami kena heart attack sebab tertengok bini dia cantik sangat?” ucap Jeffrey seorang diri.
Di meja makan itu tiba-tiba mereka berdua kurang bercakap. Jeffrey mengelamun sendiri. Suapannya menjadi perlahan dalam pada dia ralik memikirkan wanita di sebelahnya itu. Tiba-tiba dia jadi tidak berselera pula.
“Tak sedap ke roti canai ni?” tegur Kiah hairan melihat Jeffrey tidak berselera seperti selalu.
“Sedap.. sedap..” jawab Jeffrey pantas. Wajah di sisinya itu tidak mampu dipandang lama. Sesak dadanya dibuatnya.
Kiah sempat memandang sisi wajah suaminya itu. Hairan melihat Jeffrey berubah tiba-tiba.
Ketika Kiah sedang sibuk memasak di dapur tengah hari itu Jeffrey beberapa kali menjenguk dapur. Risau benar takut isterinya mendapat kecelakaan di dapur itu.
“Aboh mu.. tolong ambikkan gule di atah nun. Kiah tak sampai ni,” pinta Kiah tatkala ternampak kelibat suaminya masuk ke dapur itu. Tangannya ditundingkan ke arah bungkusan gula yang terletak di rak paling atas di dalam kabinet di hadapannya.
“Gula?” Jeffrey terus berjalan ke arah kabinet itu.
“Tepi sikit..” ucap Jeffrey sekadar meminta isterinya memberi dia laluan untuk mencapai objek yang diminta Kiah.
Kiah segera berkalih ketepi setapak. Jeffrey pula mengambil tempat Kiah berdiri tadi. Bungkusan gula itu dicapainya lalu diserahkan kepada Kiah. Wanita itu menyambutnya dengan senyuman yang manis seolah-olah gula itu sudah termasuk ke mulut Kiah sekejap tadi.
Kiah berlalu. Namun dia terlanggar pula tubuh Jeffrey. Hampir sahaja Jeffrey terinjak ke tepi akibat senggolan bahu Kiah.
“Isy! Terlanggo pulok, aboh mu. Sempit bebenor dapo ni. Dua oghang aje pun dah penuh. Sampai berlagee Kiah dengan aboh mu..” ucap Kiah tanpa memandang lelaki itu.
Jeffrey terkedu seketika memandang si isteri. Dia mengorat aku ke tadi tu? Ke dia memang betul-betul terlanggar?
“Aboh mu nok jadi mando Kiah ke kat dapo ni? Asyik datang ke dapo aje kojenyeee. Takut Kiah cabut lari ke?” ucap Kiah selamba.
“Isy! Taklah.. abang nak minum tadi. Nampak Kiah terus lupa nak minum air apa,” jawab Jeffrey perlahan. Kemudian dia tergaru-garu memandang belakang Kiah yang sedang berdiri di hadapan dapur gas. Takde baju yang lagi jarang ke, sayang? Kan abang dah tak boleh nak fokus ni? Asyik nak duduk dekat dengan Kiah aja.. keluh hati Jeffrey seorang.
Kiah menoleh lagi tidak lama kemudian. Namun Jeffrey buat-buat memandang ke arah lain serta merta.
“Aboh mu nengok ape tadi tu?” tanya Kiah meleret.
“Takde apa-apa. Abang tengok api dapur tu. Takut api tu sambar baju Kiah. Tak pasal-pasal abang kena keluar beli yang lain nanti.” Entah apa-apa jawapan yang diberikan Jeffrey.
“Khusyuk bebenor memerati api tu, iye?” perli Kiah.
“Abang pergi depan dulu ya? Fuhhh.. panas pulak dapur ni,” ucap Jeffrey lantas meraup wajahnya.
Iye leee. Jalan tu elok-elok le pandang depan. Takut tejeghombab kat depan nu..” jawab Kiah selamba. Namun dia tersenyum seorang mengenangkan gelagat Jeffrey.

Malu dengan teguran si isteri Jeffrey terus pergi ke hadapan. Setelah duduk di sofa dia menghela nafas panjang. Eloklah dia duduk depan aja. Takut nanti dia hilang pedoman.. si Kiah tu diangkatnya bawak masuk bilik!


15

Melihat Kiah semacam sibuk dengan produk-produk jualannya, Jeffrey ikut duduk bersebelahan dengan isterinya itu. Banyak kotak-kotak jamu tersusun di hadapan Kiah. Makin kencang nampaknya perniagaan jamu si Kiah bak kata Kak Sali sebelum ini.
“Ni semua ada orang punya ke, yang?” tanya Jeffrey.
Iye lee..” jawab Kiah dalam nada senang hati.
“Wahhh.. makin maju business bini abang sekarang,” sambut Jeffrey lantas mencapai sekotak jamu yang berada paling hampir dengannya. Kotak itu dibeleknya. Ada gambar lelaki bertubuh perkasa di hadapannya.
“Jamu pasak arjuna..” Jeffrey menyebut nama produk yang tertera di hadapan kotak itu. Kemudian dia membalikkan kotak itu untuk melihat kandungan dan kebaikan jamu itu.
“Ramuan campuran pokok maca, kopi gunung dengan tongkat ali dan madu. Baik untuk lelaki yang tak berapa nak jantan sangat dan berupaya menambah libido bagi lelaki. Juga mampu mengurangkan masalah jantung dan mengawal pengaliran darah ke otak. Hmm.. menarik betul ni,” bebel Jeffrey seorang.
“Macam pernah dengar aja nama pasak arjuna tu, yang? Abang ada jumpa seorang perempuan ni.. dia nak jual produk nilah. Suruh try kat bini abang.” Jeffrey mula memandang Kiah pula. Isterinya itu sedang termenung memandang kertas di tangannya sambil menggigit hujung pena.
“Ish! Aboh mu.. sape lee ke oghang tu ye?” sambut Kiah dengan senyum tertahan.
“Itulah.. nama dia kalau tak silap abang.. Kiah! Sekarang orang gelar dia Kiah ratu pasak arjuna,” ucap Jeffrey sengaja memerli.
Pepandai aje aboh mu ni..” jawab Kiah lantas tergelak seorang.
Perlahan Jeffrey mendekatkan tubuhnya ke Kiah. “Takde lebih ke jamu pasak arjuna ni?” tanya Jeffrey agak perlahan.
“Aboh mu.. oghang tue aje yang makan jamu tu!”
“Abang takkan tak boleh? Abang dah jantan dah. Tapi apa salahnya kalau bagi lagi jantan. Alah.. nanti abang kerja pun rasa bersemangat,” ucap Jeffrey lantas menyeringai di tepi Kiah.
Kiah menghela nafas perlahan sambil menjeling lelaki itu. Bicara Jeffrey tidak dijawabnya.
Malam itu saat mahu ke dapur Jeffrey terpandangkan satu kotak jamu pasak arjuna itu terletak elok di atas meja. Perlahan jamu itu dipegangnya. Kebetulan ketika dia memegang jamu itu Kiah turut keluar dari kamar untuk ke dapur.
“Abang punya ke?” tanya Jeffrey sambil menyeringai.
Habeh tu?” sambut Kiah selamba.
Yes! Akhirnya aku berjaya mendapat pasak arjuna! Sorak hatinya seronok.
“Seminggu tige kali aje, abang. Minum waktu pagi,” laung Kiah dari dapur.
“Yelah..” jawab Jeffrey agak perlahan sambil berusaha mengoyakkan plastik yang membaluti luar kotak itu.
Kiah memandang suaminya semula tatkala dia keluar dari dapur. “Kiah nak tido ni. Abang nak mende lagi?” tanya Kiah lembut.
“Takde..” ucap Jeffrey tanpa memandang Kiah. Jamu pasak arjuna itu direnung dengan mata bercahaya.
“Minum waktu pagi, abang..” pesan Kiah sebelum ke kamar tidur mereka.
“Iye, sayang..” sambut Jeffrey dengan tolehan sekilas. Terpandangkan lenggok Kiah dia terus tersenyum.
Ah! Nak tunggu esok pagi, lambat sangat! Minum sekarang aja senang.. bisik hatinya sudah tidak sabar. Sepeket jamu bancuhan itu diambilnya dari dalam kotak. Terus dibancuhnya dengan air panas.
Setengah jam kemudian..
Jeffrey terpaku memandang tv di hadapannya. Tubuhnya seperti sedang melayang ke udara. Kepalanya terasa amat ringan. Seketika kemudian dia masuk ke bilik.
Amboi.. dah bagi abang pasak arjuna, dia tidur pulak ya! Tak boleh jadi ni.. bisik hati Jeffrey.
“Kiah ratu pasak arjuna! Bangunlah..” ucap Jeffrey lantas memeluk si isteri geram. Kiah terus terjaga tatkala tubuhnya dihimpit oleh Jeffrey.
“Abang.. Kiah nak tido ni!” Kiah menjawab malas.
“Alah.. tak baik biarkan suami sorang-sorang macam ni. Bangunlah, yang..” pujuk Jeffrey cukup mendayu-dayu.
Sape suruh berjageee.. tido le, aboh mu!” rengus Kiah malas.
“Abang belum mengantuk.”
Doh gitu pegi le nengok tv. Nengok wrestling ke.. nengok bola ke..” jawab Kiah selamba dalam pada matanya masih tidak mampu terbuka puas.
“Apa barang tengok tv. Abang nak tengok Kiah ni,” bisik Jeffrey macam orang tengah mabuk cinta.
 Spontan terbuka luas mata Kiah memandang Jeffrey yang sedang merenung dia. Rasanya macam tidak susah untuk dia meneka apa mahunya lelaki itu. Tiba-tiba dadanya berdebar.
“Bila lagi, yang? Kesian abang. Kiah sayang abangkan?” pujuk Jeffrey.
Kiah diam tidak menjawab. Mahu menolak lagi rasanya tidak patut. Sudah berbulan dia bertangguh dalam hal itu. Lelaki itu sentiasa bertolak ansur dengannya. Tidak pernah memaksa. Takkan selamanya dia mahu mengelak?
Perlahan Kiah menolak lengan lelaki itu yang sedang memeluknya. Rambutnya diikat semula sebelum dia bangun.
Melihat Kiah sudah berlalu ke kamar mandi Jeffrey menjerit seronok dalam hati.
“Tak sia-sia aku makan pasak arjuna tadi! Yes!” ucapnya sendiri.

Jeffrey memandang lama wanita di sebelahnya itu. Kiah sedang tidur lena. Berkali-kali wanita itu berkalih. Langsung tidak sedar apa yang sedang berlaku di sekelilingnya.
Keluhan lelaki itu kendengaran lagi. Lain macam pulak rasanya badan aku ni.. bisik hati Jeffrey.
Perlahan Jeffrey mengiring. Matanya dipejamkan lagi. Namun lena masih juga tidak datang biarpun puas dia mencuba.
Oi mata.. tidurlah. Esok aku kerja! Getus hatinya sendiri. Hairan pula dengan keadaan dirinya sekarang. Macam ada yang tidak kena semenjak dia mula mengamalkan jamu pasak arjuna itu.
Jam 5 pagi itu Kiah mula terjaga dari lenanya. Saat dia menoleh ke sebelah dia lihat Jeffrey sedang termenung memandang atas. Kiah mula mengangkat kepalanya untuk melihat lelaki itu.
“Abang..” panggil Kiah lantas dia menyentuh tubuh Jeffrey. Sekadar mahu memastikan apa yang dipandangnya.
Jeffrey menoleh ke sebelah. “Ya..” jawab Jeffrey perlahan.
“Awalnya bangun?” tanya Kiah hairan.
Jeffrey diam tanpa mengalihkan pandangan daripada raut isterinya itu.
Nape ni, abang?” tanya Kiah hairan melihat gelagat suaminya. Segar bugar dilihatnya mata Jeffrey. Langsung tak macam orang yang baru bangun tidur.
“Emm.. jamu pasak arjuna tu ada kesan sampingan ke, sayang?” tanya Jeffrey perlahan.
“Kesan macam mane pulok?”
“Abang tak boleh tidurlah, yang. Badan abang ni panas. Jantung abang ni rasa macam berdegup kencang aja,” adu Jeffrey sambil mengusap dadanya.
“Itu le Kiah tak bagi.. nok juge!” balas Kiah sambil menghela nafas.
“Orang lain tu elok aja? Kenapa abang rasa macam ni?” ucap Jeffrey sambil memandang isterinya semula.
“Abang rase mende?”
Jeffrey diam seketika. Satu rahsia yang disimpannya kembali difikirkan..
“Sebenarnya dah dua hari abang tak tidur,” ucap Jeffrey perlahan.
“Ha???” Spontan Kiah terus terbangun dari katil. “Aboh mu bior bebenor sikit!”
“Iye.. abang tak boleh tidur langsung ni. Dah dua hari. Mata ni macam tak mengantuk langsung,” cerita Jeffrey dengan mata terkedip-kedip memandang atas.
“Abang makan banyak mane jamu tu?” tanya Kiah bersungguh.
“Macam Kiah cakap tulah.. sehari 3 kali.”
Terbeliak mata Kiah mendengar jawapan suaminya. “Padan le tak boleh tido, aboh mu. Kiah kabor seminggu 3 kali!!” ucap Kiah meninggi.
“Iye ke? Kiah cakap sehari 3 kalilah. Abang dengar semalam..”
“Kiah kabor seminggu tige kali. Minum waktu pagi aje!” tegas Kiah dengan mata membulat.
Jawapan Kiah segera mengunci mulut Jeffrey. Memang dia dengar Kiah ada menyebut minum waktu pagi sahaja semalam. Tapi dia bantai jugak malam tu..
“Habis tu macam mana ni, yang?”
“Jangan le minum dah! Tongkat ali tu tak boleh diminum selalu. Habis rosak buah pinggang,” jelas Kiah bersungguh.
“Ooo.. baru abang tahu,” balas Jeffrey sambil melopong.
“Pegi le klinik pagi nanti, abang. Nanti kena sakit jantung tak pasai aje,” ucap Kiah lembut. Risau juga kalau-kalau ada kesan yang serius jika jamu itu diambil secara berlebihan.
“Kiahhhh, sayang abang..” panggil Jeffrey mula mendayu.
Ape, aboh mu? Pagi-pagi bute doh moghonyam bunyinyee..” rengus Kiah.
“Pagi ni masak nasi lemak ya?” ujar Jeffrey mula menyeringai sendiri.
Iye lee..”
Kiah terus bangun dari katil. Dia mahu mandi, solat dan membuat sarapan pagi untuk suaminya. Jeffrey sempat berbaring semula sementara menunggu Kiah selesai mandi.
Jam 7 setengah pagi itu..
Nape, aboh mu? Nasik lemok ni tak sedap ke?” tanya Kiah tatkala melihat suaminya macam tidak berselera.
“Sedap.. sedap..” jawab Jeffrey sambil menjeling Kiah di sisinya itu sekilas.
Habih tu.. nape tak makan? Penat kiah masak, aboh mu tak makan pon!” ujar Kiah mula merendah nadanya.
Macam mana nak makan macam ni? Keluh hati Jeffrey saat memandang si isteri. Makin ketat pula baju yang dipakai Kiah. Kemudian rambutnya disanggul kemas. Manalah dia berselera nak makan kalau macam ni. Rasa macam si Kiah itu yang mahu dimakannya!
“Cantik Kiah pagi ni? Abang rasa macam malas nak pergi kerja. Rasa macam nak mc aja hari ni,” ucap Jeffrey perlahan.
“Isy! Aboh mu ni.. mane ade Kiah cantik. Suke benor muji-muji Kiahhh..” jawab Kiah malu-malu. Lengan suaminya itu terus diketilnya sambil tersipu-sipu.  
“Sendatnya baju tu? Siapa ajar Kiah beli baju macam ni?” tanya Jeffrey lembut.
“Aboh mu tak suke ke?” tanya Kiah terus tersipu-sipu.
“Siapa cakap tak suka? Suka! Tapi depan abang je boleh pakai macam ni. Kat luar tak boleh,” jawab Jeffrey selamba.
Sebenonyeee..” Kiah diam seketika.
“Sebenarnya apa?”
Sebenonyeee.. Kiah order baju saiz M. Tapi deme hanto saiz S. Tak pun tertuko saiz dengan anak kak Sali gamoknyee. Kiah pakai aje lee..” jawab Kiah sambil menyeringai sendiri.
Ternganga Jeffrey sekejap mendengar jawapan isterinya. Boleh pulak tertukar dengan anak kak Sali. Anak Kak Sali yang sulung tu bukan ke baru darjah 3??
“Dahlah.. abang nak pergi kerja ni,” ucap Jeffrey lantas mencapai cawan kopi di atas meja itu. Air di dalam cawan itu dihirupnya sehingga habis.
Kiah terus bangun membawa pinggan suaminya ke dapur. Pinggan itu sekadar diletakkan di dalam sinki. Kemudian dia membetulkan baju ditubuhnya sebelum menemui suaminya di hadapan.
“Abang pergi ya?” ucap Jeffrey lantas menghulurkan tangan kepada si isteri.
Kiah tunduk mengucup tangan suaminya. Jeffrey menyambung dengan kucupan di dahi si isteri.
“Wanginya bini abang ni!” ucap Jeffrey perlahan.
“Kiah dah mandi. Tu pasal le wangi, aboh mu.” Kiah menjawab manja. Kemeja putih suaminya itu disentuh lembut.
“Abang pergi ya?”
Iye leee..” jawab Kiah.
Sebelum melepasi pintu Jeffrey memandang lagi wanita itu.
“Duduk rumah elok-elok ya, sayang..” pesan Jeffrey.
“Ye, aboh mu..”
Jeffrey menyeringai sambil mencubit pipi Kiah. “Geram! Rasa macam nak angkut bawak pergi ofis aja,” ucap lelaki itu.
“Aboh mu nak ajak Kiah pergi opeh (ofis)? Kejap.. Kiah nak ambik jamu-jamu Kiah tu,” jawab Kiah dengan mata terbuntang. Hampir sahaja dia mahu masuk ke dalam rumah.
“Erk?”
“Tak.. tak.. sayang, abang main-main aja. Jangan ambik apa-apa jamu! Nanti semua orang kat ofis abang tu tak boleh tidur malam. Takut yang perempuan nanti semuanya cuti bersalin serentak. Bahaya!” tegah Jeffrey sebelum sempat isterinya masuk ke dalam.
“Cepat le pegi koje, aboh mu. Nanti terepik jem!”
“Traffic, sayang. Bukan terepik!” tegur Jeffrey lantas ketawa. Ada saja ulah Kiah yang menggelikan hatinya. 

16


Hari ini misinya tidak ada lain. Mengemas rumah!
Sebaik sahaja Jeffrey berlalu pergi kerja, Kiah terus ke kamar tidurnya. Ruangan itu dikemasnya bersungguh-sungguh. Cadar pada tilam diganti yang baru. Kemudian segala perhiasan dilap. Namun saat mengelap satu bingkai gambar, Kiah tersenyum seketika saat memegang gambar Jeffrey di dalam itu.
Lawo bebenor senyum tu, aboh mu! Senyum ke Kiah le tuu.. saje nok bagi Kiah mengigo!” kata Kiah kepada gambar itu. Kemudian dengan mata terpejam gambar itu dikucupnya penuh syahdu.
Sehabis mengerjakan kamar tidur itu Kiah memandang semula hasil kerjanya. Sebagai pelengkapnya bilik itu disemburnya dengan haruman Ambi pure..
“Uii.. dah macam bilik hotel kat Hawai!” ucap Kiah seorang.
Usai di kamar itu dia ke depan pula. Sedang dia sibuk di ruangan itu telefon miliknya berbunyi. Ada sms yang masuk. Terkial-kial dia membuka mesej itu.
Doktor kata disebabkan abang overdose pasak arjuna, abang kena balas dendam kaw-kaw pada ratu pasak arjuna tu! Dia yang buat abang jadi ganas! Siap Kiah kejap lagi.
Kiah termanggu seketika setelah membaca mesej itu.
Ape yang die meghepek ni?” ucap Kiah tidak faham.
Usai di ruang tamu itu Kiah membuka pintu luncur untuk membersihkan balkoni. Ada daun-daun kering bersepah di balkoni itu. Namun tatkala dia memandang ke bawah dia ternampak kelibat seseorang. Macam kenal..
“Aboh mu ke tu?” tanya Kiah. Lama dia memandang kelibat lelaki berkemeja lengan pendek yang sedang mengelilingi keretanya. Lelaki itu mengunci keretanya setelah mengambil beg kerjanya.
Iye leee tu. Sape lagi yang hensem ghope tu kalau bukan laki si Kiah? Die monteng koje ke tu?” ucap Kiah memutai seorang diri. Dia teringat kata-kata suaminya tadi. Jeffrey nak balas dendam pada ratu pasak arjuna! Siapa lagi ratu pasak arjuna kalau bukan dia??
“Ish! Die balik nak kojekan aku le tuu.. ni le akibatnya kalau dah terlebih telan jamu pasak arjuna! Udoh meren otaknye. Ape leee nak dibuatnye ke aku kejap lagi,” ucap Kiah semakin tidak sedap hati. Baju yang dikenakan itu dipandangnya.
“Baik aku nyorok! Kalau idokkk.. aku le yang kene isi pom (borang), mohon cuti beghanok hujung tahun ni!” ucap Kiah lantas berlari ke bilik tidurnya.
Di dalam bilik tidur itu Kiah termanggu seketika. “Sayang pulok.. baru aje aku kemah tadi. Bilik depan lee..” ucap Kiah lantas keluar semula.
Namun sebelum dia masuk ke bilik itu dia terdengar bunyi kunci pintu dibuka seseorang. Kiah mengintai seketika ke arah pintu rumah itu dari sebalik dinding. Jeffrey masuk ke dalam rumah dan pintu terus ditutup.
“Eee.. kene selamatkan diri! Kalau idokkk.. jadi tempoyok aku hari ni!” ucap Kiah terus menggelupur mencari tempat berselindung. Cepat-cepat dia berlari ke arah salah satu bilik itu dan pintu terus ditutup.
Jeffrey menoleh seketika tatkala dia terdengar bunyi dentuman pintu.
“Kiah..” panggil Jeffrey agak kuat.
“Kiah dah nyorokkkk..” jawab Kiah dari dalam bilik.
Spontan Jeffrey terus menekup mulut menahan gelak. Alahai bini aku ni.. dah tahu menyorok pergi bagitahu buat apa!
“Sayang.. abang balik ni. Abang mc hari ni. Yuhuuuuu..” laung Jeffrey cukup ceria.
Kiah di dalam bilik itu semakin tidak keruan. Habis bilik itu dikelilinginya untuk mencari tempat untuk dia menyorokkan dirinya.
“Oooo.. tak mahu jawab ye? Siaplah Kiah kalau abang jumpa Kiah nanti..” ucap Jeffrey lantas tergelak kuat. Kiah di dalam yang mendengar, terasa gelak itu bagaikan gelak seorang perogol yang kejam.
“Heee.. aku rasa elok le aku balik kampung ajee..” ucap Kiah dalam dada turun naik menahan rasa takut.
Jeffrey mula menapak dalam derap perlahan untuk mencari Kiah. Namun dalam perjalanan menuju ke bilik tidurnya dia terhenti seketika. Dia lihat pintu kamar tidurnya sedang terbuka. Terus sahaja arahnya dilencongkan ke bilik tengah yang sedang bertutup elok.
Jeffrey tersenyum melihat bilik yang sunyi sepi itu. Matanya memerhatikan sekeliling. Kemudian almari baju didekatinya. Sebelum dia membuka pintu almari itu dia menarik nafas dalam.
Kiah terkejut dengan mata terbuntang apabila pintu almari itu terbuka tiba-tiba. Lembaga di hadapan matanya itu benar-benar menakutkan dia.
“Haaa.. dah jumpa! Huaarghhhhhh!!!!!” Jeffrey mengaum sambil memukul-mukul dadanya macam gaya king kong.
“Aboh mu, jangan takutkan Kiah!!!!!” jerit Kiah mula menggelupur dalam almari itu.
“Abang tak kira! Abang nak jugak duduk dalam almari dengan Kiah! Huaaarrgghhh!!!” semakin seronok Jeffrey menakutkan Kiah.
“Jangan lee, aboh mu!!!!” suara Kiah tenggelam tatkala pintu almari itu ditarik Jeffrey. Dua manusia itu sudah selamat menyempit di dalam almari yang sama.
“Huargggghhh.. hari ni abang nak mengganas! Abang nak kerjakan Kiah cukup-cukup,” agah Jeffrey lantas tergelak besar.
Kiah menjerit di dalam almari itu. Pintu almari ditolaknya untuk keluar. Namun Jeffrey lebih pantas menarik Kiah masuk semula dan pintu almari itu ditutupnya pantas.
Sempitnye, aboh mu. Terbalik lemari ni kaghang!” marah Kiah tenggelam timbul suaranya.
Bior leeee..” jawab Jeffrey seronok.
“Jangan le lupe bace doa, aboh muuu..” suara Kiah tenggelam lagi dek gelagat Jeffrey.
“Ni.. nak baca lah ni.” Bergoyang-goyang almari itu dibuat dek dua manusia itu.
Seminit kemudian..
“Huargghhhh..”
“Amboi.. itu trade mark abang! Mana aci main tiru-tiru. Kiah carilah yang lain. Tak seram langsung abang tengok,” ejek Jeffrey sambil tergelak nakal. Tenggelam timbul suara dua manusia itu di dalam almari itu.
Tiada jawapan daripada Kiah. Namun tiba-tiba..
Bukk!!!
“Aduh!!” pintu almari terbuka tiba-tiba dan Jeffrey tergolek keluar dari almari itu. Kemudian Kiah ikut keluar sambil menyeringai. Wanita itu berdiri di hujung kaki Jeffrey sambil bercekak pinggang.
“Oo.. nak cabor Kiah ratu pasak arjuna? Meh sini.. nengok gaye Kiah noghokam (terkam) ni!” ucap Kiah garang.
“Tak.. tak.. abang main-main aja tadi. Kiah janganlah buat muka macam tu. Macam nak rogol abang aja? Nak kata abang ni jambu.. tak pun! Abang call teledera karang,” ucap Jeffrey sambil tersengih-sengih. Seram melihat rambut serabai isterinya itu.
“Ahhh.. nak nelepon teledere ke.. bombe ke.. lepah habih ni! Bior Kiah ratu pasak arjuna ngojekan aboh mu dulu!” balas Kiah tidak peduli. Lengan bajunya disingkap sehingga ke bahu. Dah macam samseng gayanya.
“Jangan, yang.. runtuh kondo ni nanti,” ucap Jeffrey lantas berundur ke belakang.
“Siap leee, aboh mu! Ratu pasak arjuna nak beraksi!” ancam Kiah.
“Eh! baru abang teringat.. abang kena call seseoranglah. Kejap ya?” ucap Jeffrey segera mencipta alasan untuk mengelak. Terkial-kial tangan Jeffrey memicit nombor pada telefonnya.
“Aboh mu nak telefon sape tu?? Nak tepon poleh (polis) ke tu?” Kiah tergelak kuat di belakang Jeffrey.
“Bom.. bomba.. eh! bukan.. teledera..” jawab Jeffrey sambil menoleh beberapa kali kepada isteri di belakangnya itu.
“Alah.. baru Kiah nak ajok bermesra-mesraannnn. Dah nak panggil bombe..” Kiah tergelak lagi. Nada gelak itu kedengaran cukup ngeri di telinga Jeffrey.
Ni siapa yang makan pasak arjuna.. aku ke dia?? Patutnya dia yang takut kat aku. Apasal aku pulak yang ngeri ni? Siap tiru gelak jahat aku pulak tu. Jeffrey menelan liur memandang Kiah menyeringai di belakangnya.
“Sini le, aboh muuuuu. Dekat-dekat dengan Kiahhhh...” ucap Kiah dan dia terus tergelak jahat.
“Ab.. abang penatlah, Kiah. Abang tak sihat ni. Abangkan MC?”
“Ahhhhh!! Kiah tak moh dengor alasan! Cepat sini!” pintas Kiah sambil ketawa galak. Kemudian lelaki itu terus diterkamnya dan leher lelaki itu dipautnya dari arah belakang. Macam ada bunyi harimau betina di telinga Jeffrey kala itu.
Mama.. Jeff nak pergi kerja balikkkk!!!!