Jumaat, 14 Februari 2014

JIBAM KAHWIN JANDA VOUGE!

Jibam itu gelaran untuk dia dari kecil sehinggalah dewasa. Dari kampung sehinggalah berhijrah ke bandar namanya tetap Jibam walaupun nama sebenar yang diberikan oleh emak dan ayahnya adalah Mohd Syahir Eddy Bin Mat Kuno Bin Mat Gunong Bin Mat Panglima. Kenapa pula nama secantik itu boleh digelar Jibam? Kerana semenjak dari zaman sekolah dia ni memang besar orangnya. Hanya itu sebabnya namanya bertukar kepada Jibam.
Orangnya memang tak kacak langsung. Gigi depannya sudah hilang empat batang, tinggi, berkulit gelap, badannya besar macam penggusti. Rambut pula kerinting macam tak pernah jumpa sikat.  Kalau dah tak kacak, biasalah.. susah nak dapat awek walaupun usianya sudah menjangkau 32 tahun. Tambah pula dengan kerjaya sekadar seorang buruh binaan, Jibam semakin tidak dipandang oleh gadis-gadis KL.
Si Minah Vouge itu pula gelaran diberikan disebabkan personalitinya yang sentiasa vogue walau ke mana sahaja dia pergi. Orang ada kecantikan aslilah katakan. Kebiasaannya minah vogue mestilah anak orang kaya. Begitulah juga dengan wanita bernama Katrina Emelda ini.
Namun Katrina si minah vouge ini ada sejarah hidupnya sendiri. Seorang janda yang diceraikan suami hanya selepas 8 bulan berkahwin. Kehadiran orang ketiga membuatkan dia diceraikan dengan angka talak tiga. Semenjak itu dia tak suka dengan nombor 3. Terlupa agaknya janda 29 tahun itu yang tahun depan umurnya juga ada angka tiga.
Kisah Katrina dengan bekas suami tidak pernah habis apabila lelaki itu tidak serik-serik menghimpitnya semula. Ryan Abraham si kaki perempuan itu seolah-olah terlupa, wanita itu pernah ditalakkan dengan talak terakhir. Tidak memungkinkan mereka untuk rujuk semula. Namun Katrina tetap dipuja kerana kejelitaan dan kedudukan keluarganya. Namun Katrina tidak mungkin akan membuka semula pintu hatinya kepada lelaki persis itu. Lalu cerita tentang si teruna dan si janda bernama ini pun bermula.
Akibat mendapat kecelakaan di tempat kerja Jibam diarahkan menjadi pemandu peribadi kepada Katrina. Buat lelaki seperti dia, gilalah kalau hatinya tidak berdenyut teruja setiap kali memandang bosnya itu. Namun takkanlah wanita secantik Katrina mahu terjatuh hati pandang pertama kepada si Jibam itu? Memang janggal bunyinya. Tetapi ada rahsia di hati Katrina yang Jibam tidak tahu.
Hingga akhirnya.. entah kenapa tiba-tiba bulan tiba-tiba jatuh ke ribaan Jibam. Dia dilamar sendiri oleh Ryan, duda si Katrina itu sendiri untuk mengahwini janda pujaannya itu. Adakah  mimpi indah Jibam sudah menjadi nyata? Mungkin tidak! Jibam dibayar untuk mengahwini wanita kaya itu hanya untuk sementara waktu. Namun Katrina turut meletakkan syarat demi syarat diberikan kepada Jibam oleh Katrina. Apakah syarat-syarat itu?
“Ada syarat yang you kena patuhi untuk kahwin dengan I. Dia kata sebulan.. tapi I nak tempoh tiga tahun.”
“Kenapa tiga tahun?”
“Sebab I pernah kena cerai dengan talak tiga. So I nak jadikan angka tiga tu sebagai satu pengajaran untuk dia. Kenapa tiga tahun, bukan tiga bulan? Sebab I tak mahu terus menjadi janda yang murah. Kahwin tak sampai setahun dah bercerai lagi. I ada maruah!”
Si hodoh lawan si cantik! Mampukah teruna dan janda ini menganyam bahagia di dalam singgahsana mereka sedangkan mereka bak langit dan bumi bezanya? Bolehkah Jibam yang tidak hensem ini duduk setara dengan isterinya yang jelitawan itu untuk selama-lamanya? Benarkah Katrina meletakkan semua syarat itu kerana mahu mencina buta?
Jibam Kahwin Janda Vouge akan menceritakan kisah dari mana ia bermula dan di mana pengakhirannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan