Usai mandi telefon bimbitnya berbunyi. Katrina terus menyelongkar
beg tangannya. Sebaik sahaja dia menilik nama Ryan tertera sebagai pemanggil. Dengan
sedikit keluhan dia menjawab panggilan itu.
“Ada apa, Ryan?”
“You buat apa tu?”
“I baru lepas mandi ni. Ada apa?” tanya
Katrina malas mahu melayan Ryan berbasi basa dengannya.
“Hmm.. mesti seksi tu. Rugi I takde kat
situ.”
Gelak Ryan yang kedengaran membuatkan
bulu roma Katrina meremang. Gatal! Desis hatinya tidak senang. “Ada apa ni? Cakaplah
cepat!” getus Katrina malas mahu melayan godaan lelaki itu.
“Kita keluar, sayang?” ajak Ryan mula
serius nadanya.
“I tak mahu keluar ke mana-mana. I nak
rehat,” ujar Katrina melalui corong itu. Lesu sahaja nadanya tanda memang malas
mahu melayan Ryan lama-lama.
“Please.. I nak bincang dengan you pasal
kita ni,” ujar Ryan lembut memujuk. Bersepai harapannya. Sudahlah rumah Katrina
yang sekarang dia tidak tahu di mana.
“Cakap ajalah. I dengar. I dah letih nak
keluar lagi,” ujar Katrina lemah macam orang tidak bermaya. Memang pun dia
tengah malas nak keluar. Apatah lagi dengan Ryan. Tidak kuasa dia membiarkan
tubuhnya menjadi bahan rabaan lelaki itu.
“Macam ni.. I dah pilih seseorang yang
sesuai untuk rancangan kita tu. I nak bincang dengan you tentang itulah nanti,”
ucap Ryan semakin bersemangat.
“Itu I dah tahu. Tapi siapa? Cakap ajalah
sekarang!” tekan Katrina tidak mahu mendengar mukadimah berjela-jela lagi.
“Okaylah.. tapi you jangan terkejut
pulak kalau I sebut orangnya.”
“Cakaplah cepat! Jangan buat I
tertunggu-tunggu lagi, Ryan. I stress, tahu tak!” getus Katrina sudah tidak
sabar.
“Jibam..”
Katrina terdiam. Dadanya berdetak hebat
tiba-tiba. Lama dia terpaku memandang ke hadapan. “Jibam driver I tu ke?”
soalan itu dilahirkan Katrina agak payah.
“Betul, sayang. I akan upah dia dengan
harga yang tinggi untuk plan ni.”
“Upah dia? Apa maksud you?” tanya
Katrina sedikit keliru. Sebelum ini dia tidak ada mendengar tentang itu. Upah apa
yang dimaksudkan Ryan?
“I tawarkan dia sejuta untuk kerja ni. I
terpaksa buat macam ni untuk elakkan dia khianati I nanti,” jelas Ryan satu
persatu.
Katrina terdiam semula. Jibam? Bertanya lagi
hatinya. Namun seketika kemudian kegusaran yang terpendam sekian lama itu gugur
satu demi satu apabila dia mengenang lelaki itu.
“You setuju, sayang? I tahu dia tu
memang tak hensem macam I. Tapi biarlah dia tak hensemkan? Takdelah nanti dia
tu jadi saingan I. Kalau I pilih yang hensem nanti kedudukan I tergugat.” Sehabis
ucapannya Ryan ketawa.
Katrina tertawa mengejek dalam hati. “Kenapa
mesti dia?” tanya Katrina perlahan.
“Sebab dia tu bodoh. Senang I nak kawal
dia. I tak mahu plan kita ni gagal. You pulak cantik. I takut kalau I pilih
sembarangan orang nanti I gigit jari bila orang tu berpaling tadah dari I,”
ujar Ryan lembut.
Katrina diam tidak membalas. Namun ucapan
itu langsung tidak mencuit hati perempuannya. Tidak kelakar!
“Sayang, I tahu Jibam tu memang calon
yang sesuai. Cuma sebulan, sayang. You tak perlu jadi isteri dia pun untuk
selama itu. So you tak perlu risau apa-apa. I tahu hanya dia yang boleh buat
plan kita ni berjaya.” Ryan berkata lembut di corong itu.
Plan kita? Katrina Katrina menggeleng
sendiri sambil menghela nafas perlahan. Wajah Jibam bermain di matanya. Ya! Memang
pilihan Ryan tepat. Jibam orang yang boleh dipercayainya. Mungkin kerana itulah
dia jadi tidak gentar saat ini. Dia tahu Jibam bukan jenis lelaki yang gatal.
“You setuju ya, sayang. Senang I nak
settle dengan Jibam.” Pujukan itu mencelah pemikiran Katrina.
“Kalau I tak setuju you akan terus cari
I kan?” ucap Katrina sedikit sinis.
“Tahu pun..” sambut Ryan dengan tawa
menggoda.
“I setuju tapi dengan syarat!”
“Apa syaratnya?”
“Syarat tu bukan untuk you tapi untuk
Jibam..”
“I nak tahu jugak,” ucap Ryan mula
merendah nadanya.
Katrina tersenyum sinis sendiri. “Tentang
itu hanya Jibam yang berhak tahu sebab dia yang akan jadi suami I. You tak
perlu tahu apa semua tu. Itu syarat I untuk you kalau you nak I terima dia.”
Katrina menjawab serius. Dia tidak mahu berkompromi lagi.
“Sayang, mana boleh rahsia-rahsia..”
“Ini tentang maruah I, Ryan! I tak suka
dijadikan bola disepak sana sini. Kalau you tak suka, kita boleh lupakan semua
ni.” Katrina terus memintas.
“Okay.. okay..” sambut Ryan terus akur.
“So bila I kena nikah dengan dia?” tanya
Katrina biasa.
“Itu I akan uruskan dengan Jibam nanti. Sekarang
ni I cuma nak minta you berterus terang dengan daddy you pasal ni,” ucap Ryan
lembut.
Katrina terdiam menelan liur payah. Ya tak
ya juga.. ayahnya masih belum tahu apa-apa tentang ini. Sekali lagi Katrina
mengeluh. Apa kata ayahnya jika dia meminta izin untuk berkahwin dengan driver
dia sendiri? Entah-entah ayahnya mengamuk nanti.
“I akan fikirkan tentang itu. You tunggu
aja.” Hanya itu yang mampu diucapkan Katrina tidak lama kemudian. Selebihnya dia
sedikit gentar memikirkan ayahnya itu.
“Okay.. I tunggu jawapan dari you. Call I
nanti.”
Katrina melemparkan telefonnya ke atas
tilam. Punggungnya diletakkan di tepian tilam. Jibam.. nama itu menderu lagi di
bibir hatinya. Dia tidak sangka sama sekali nama Jibam yang telah disebut Ryan
sebentar tadi. Seketika kemudian dia mengambil semula telefonnya. Nombor lelaki
itu dipanggilnya.
“You kat mana?” tanya Katrina setelah
panggilannya berjawab.
“Saya kat gerai. Ada apa, Cik Katrina?”
itu jawapan yang diberikan Jibam.
“You buzy ke? I nak jumpa you sekejap.”
“Emm.. kalau nak jumpa sayang datang
tengah malam sikit. Sekarang saya ramai customer,” jawba Jibam di hujung sana.
“Okay.” Sepatah kata dibalas oleh
Katrina. Talian dimatikannya.
Tengah malam? Tidak! Dia tidak sanggup
menanti selama itu. Dia mahu berjumpa lelaki itu segera. Katrina bangun lantas
ke almari. Kalau tadi dia malas hendak keluar. Sekarang rasa malas itu sudah
hilang habis kesemuanya. Dia mahu ke tempat Jibam segera.
Setelah selesai berpakaian Katrina terus
keluar daripada rumahnya. Keretanya yang sudah lama tidak bergerak dicarinya. Semenjak
Jibam menjadi pemandunya kereta itu sudah lama tidak dipedulikannya. Dia memang
bukan jenis manusia yang sayang kereta sangat.
Setiba di gerai tempat Jibam berniaga
Katrina duduk menanti di dalam kereta buat seketika. Melihat masih ramai yang
bertamu di gerai lelaki itu dia tidak sampai hati pula mahu menganggu. Namun lelaki
itu terus diperhatikannya. Ligat Jibam dan Acap menyediakan kehendak
pelanggan-pelanggannya.
Hampir ke jam 1 pagi barulah dia
mendekati gerai lelaki itu. Jibam ketika itu baru dapat berehat.
“Hai..” sapa Katrina setelah dia
terpacak di hadapan gerai itu.
“Eh! Dah sampai?” Jibam terkejut sedikit
melihat Katrina sudah ada di situ.
“Buzy lagi ke?” tanya Katrina dengan
sedikit senyuman kepada lelaki yang berbaju tee pagoda itu.
“Emm.. tak! Kami dah nak tutup ni.”
Jibam menjawab pantas.
Katrina mengangguk perlahan sambil
memandang persekitaran gerai itu. Kebanyakan barangan sudah habis.
“Cik Katrina nak jumpa saya kenapa?”
tanya Jibam lembut.
“I nak bercakap dengan you sekejap,
Jibam. Boleh kita pergi tempat lain? Emm.. boleh I pinjam kawan you ni sekejap,
Acap?” tanya Katrina kepada Acap di belakang Jibam itu pula.
“Boleh, Cik Katrina. Nak ambik terus pun
boleh. Tapi kena jadikan suami dululah..” gurau Acap selamba membuatkan wajah
Jibam berubah merah. Perlahan kakinya ditolak ke belakang menendang Acap.
“Aduh! Patah kaki aku, Jibam!”
Katrina ketawa kecil melihat gelagat dua
sahabat itu. “Shall we?” ajaknya kepada Jibam.
“Kita nak ke mana?” tanya Jibam sebaik
sahaja berada di tepi kereta wanita itu.
“Adalah..” Katrina hanya menjawab
sepatah.
Kalau selalunya Jibam yang memandu namun
kali ini Jibam duduk di sebelah dan Katrina pula yang memandu. Mereka diam
sahaja semenjak dari awal perjalanan. Namun dalam kebisuan itu Jibam asyik
memandang sekeliling. Makin jauh pula dia dibawa.
Sehinggalah akhirnya Katrina
menghentikan keretanya di sebuah taman. Kereta dipakirkan. Namun Katrina terus
bersandar di kerusinya.
“Tak keluar ke?” tanya Jibam hairan.
“Kat sini aja..” ujar Katrina lembut.
Jibam mengangguk dalam pada dia menelan
liur. Berdua-duaan di situ risau juga dia. Hanya mereka yang ada. Buatnya ditangkap
khalwat nanti, siapa yang malu?
“Tadi Ryan call I. Sebab tu I nak jumpa
you sekarang ni.”
Jibam tidak menjawab. Namun dadanya
sudah tidak keruan. Dia tahu apa yang sedang dimaksudkan Katrina.
“I dah tahu.." ujar Katrina sambil
memandang ke hadapan.
Jibam menelan liur perlahan. Dia tunduk
merenung jemari di atas ribaannya. Tidak tahu apa penilaiannya Katrina
kepadanya saat ini. Semenjak tadi Katrina langsung tidak tersenyum. Dia agak
Katrina sudah tentulah tidak rela berkahwin dengannya.
“You setuju dengan permintaan Ryan tu?”
tanya Katrina sambil menoleh kepada lelaki di sebelahnya itu.
"Saya tak cakap apa-apa lagi pada
dia," jawab Jibam sambil menghela nafas berat.
"Kenapa? Duit yang dia tawarkan tu
tak cukup?"
"Cik Katrina ingat saya ni kemaruk
duit sangat ke sampai sanggup terima tawaran macam tu?" tekan Jibam
sedikit mengeras. Entah bagaimana sakit pula hatinya mendengar ucapan Katrina
itu.
"Sorry.." ujar Katrina rendah.
"Kalau you tak terima dia akan
pilih lelaki lain. Lelaki yang I tak kenal," luah Katrina tidak lama
kemudian. Wajahnya diraup perlahan. Hanya kepada lelaki ini dia berharap
untuk lepas dari segala kebimbangan yang satu itu. Semenjak Ryan mengatakan dia
akan mencari seorang lelaki yang akan dijadikan pak sanggup, dia paling takut
dirinya dijadikan hamba nafsu lelaki yang tidak dikenalinya. Katrina yakin
Jibam tidak sejahat itu.
"Sebenarnya saya tak tahu apa yang
patut saya putuskan sekarang, Cik Katrina."
"Kalau you kesian dengan I, you
terimalah, Jibam.." rendah sahaja nada wanita itu. Separuh merayu.
Jibam terus menoleh ke sebelahnya.
Terkejut! Katrina mahu dia menerima lamaran Ryan itu? Kenapa? Namun Jibam
tahu sudah tentulah Katrina mahu lekas bernikah dengan dudanya itu. Pedih hati
Jibam tiba-tiba.
“Tapi ada syarat yang you kena patuhi untuk kahwin dengan
I.” Belum habis rasa terkejut Jibam, Katrina sudah menambah bicaranya.
“Syarat apa?”
“Dia kata sebulan.. tapi I nak tempoh tiga tahun.”
Jibam terpaku. Tiga tahun? Selama itu apa akan berlaku
kepada mereka berdua? Adakah selama itu dia hanya boleh memandang sahaja
Katrina mencintai dudanya itu? Jibam menelan liurnya payah.
“Kenapa tiga tahun?” tanya Jibam kemudian.
“Sebab I pernah kena cerai dengan talak 3. So I nak
jadikan angka 3 tu sebagai satu pengajaran untuk dia. Kenapa 3 tahun bukan 3
bulan? Sebab I tak mahu terus menjadi janda yang murah. Kahwin tak sampai
setahun dah bercerai lagi. I ada maruah!”
Jibam mengangguk perlahan tanda mengerti.
“Syarat kedua..”
“Ada lagi?” celah Jibam mula suspen semula.
“Dia kata kita kena tinggal berasingan. I nak you tinggal
dengan I tapi berasingan bilik.”
Jibam terus mengangguk setuju. Mudah saja syarat yang
itu. Bolehlah dia memandang Katrina hari-hari. Hati Jibam damai seketika.
“Syarat ketiga I nak you berhenti kerja dengan syarikat..”
“Kenapa?”
“Adalah sebabnya.”
“Jadi saya nak kerja apa lepas tu?”
“I akan beritahu kemudian tentang itu.”
“Syarat yang terakhir ni, semua yang kita cakap malam ni
hanya antara kita berdua. You jangan beritahu Ryan apa-apa.”
“Okay..”
“Dan sebagai suami I rasa you tahu pendirian you mestilah
berpandukan diri sendiri. Bukan dia. Tak boleh ada orang ketiga yang campur
tangan dalam hal kita berdua walaupun dia dah bayar you sejuta.”
“Saya tahu..” jawab Jibam rendah sahaja.
“Kalau you sudi terima I, I harap you sudi juga berjumpa
dengan ayah I.”
Jibam menoleh kepada wanita itu. Serentak itu juga
Katrina memandangnya. Lama mereka berdua berpandangan. Ada sejenis rasa yang
aneh meresap ke hati masing-masing entah kenapa. Katrina sedar.. tidak lama
lagi lelaki ini tidak lagi sekadar pemandunya. Dia sendiri tidak tahu bagaimana
keadaan itu nanti. Namun seluruh hatinya ingin redha dengan takdir ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan