Tiada kenduri kendara! Tiada jemputan tetamu! Tiada persalinan
indah!
Perkahwinan dijalankan secara rahsia
yang mana hanya keluarga Katrina sahaja yang tahu di mana masjid tempat dua
manusia itu disatukan. Itu permintaan Katrina.
Jibam meraup wajahnya seketika saat
jurunikah menghulurkan tangan untuk memulakan akad. Dada yang berdegup kencang
semenjak tadi cuba diredakan.
“Mohd Syahir Eddy Bin Mat Kuno..”
“Saya..”
“Aku nikah akan dikau dengan Katrina
Emelda Binti Kamaruddin berwakil walikan akan Kamaruddin Bin Hamzah kepada diri
ku dengan mas kahwinnya Ringgit Malaysia 100 tunai!”
“Aku terima nikahnya Katrina Emelda
Binti Kamaruddin dengan mas kahwinnya Ringgit Malaysia 100 tunai.” Lancar
sahaja suara garau Jibam menyambut akad yang dihulurkan kepadanya.
Dengan sekali akad itu maka saksi
menerima kabul yang dilafaskan cukup lancar dan jelas sebagai sah. Maka
terjalinlah sudah ikatan suci antara Jibam dan Katrina. Tan Sri Kamaruddin
terus mengucap syukur dengan lidahnya. Puan Sri Najihah mengusap lembut belakang
anaknya sambil tersenyum. Lega hatinya melihat Katrina kembali menjadi isteri
dengan seorang lelaki bersama restunya. Harap-harap kali ini nasib anaknya
tidak akan sama seperti dahulu.
Hanya sejam mereka berada di Masjid Besi
Putrajaya itu. Masing-masing keluar dengan wajah penuh kelegaan setelah upacara
penting itu sudah selamat berlangsung. Yang paling lega saat itu adalah
Katrina. Hanya Allah yang tahu dan mendengar doa yang dialunkan di dalam
hatinya untuk perkahwinan keduanya ini.
“Kita nak ke mana lepas ni?” tanya
Kameel, adik bongsu Katrina.
“Baliklah..” jawab Puan Sri Najihah
selamba.
“Tak nak balik, mummy!” sambut Keisya
adik kedua Katrina. Kameel mengangguk cepat setuju dengan si kakak. Bukan
selalu mereka dapat keluar sekeluarga begini.
“Kita pergi makan besar. Celebrate
wedding kak long dulu..”
“Daddy, makan kat Tasik nak tak? Tak
naklah makan kat hotel lagi. Bosanlah..”
“Tanya Kak Long. Dia yang nak belanja.”
Tan Sri Kamaruddin memuncungkan mulutnya kepada Katrina di keretanya. Wanita
itu sedang tersenyum memandang keluarganya.
“Makan kat tasik sana nak tak, Kak Long?”
terkedip-kedip mata Keisya memujuk kakaknya itu.
“Okay..” jawab Katrina akur sahaja
dengan kehendak adik-adiknya itu.
Jibam tersenyum senang memandang keletah
adik-adik Katrina yang manja. Berkahwin dengan Katrina secara tidak langsung
kini dia ada dua orang adik. Selama ini dia tidak pernah merasa ada adik
beradik lain. Selama dia mengenali dua adik Katrina walaupun tidaklah rapat
benar, dia tahu Keisya dan Kameel sangat manja dengan kakaknya.
Riuh rendah meja itu sementara mereka
menanti pesanan. Melihat si kakak sedang rancak berborak dengan emaknya, Kameel
tiba-tiba bangun dan berpindah duduk di sebelah Jibam. Dengan selamba bahu
Jibam dicuit-cuit oleh anak muda berusia 17 tahun itu. Kemudian dia menarik
tubuh abang iparnya itu agar dekat kepadanya. Mulutnya didekatkan ke telinga
Jibam.
Katrina menoleh. Melihat adiknya seronok
berbisik-bisik dengan Jibam, keningnya mula berkerut. Wajah Jibam berubah saat
mendengar bisikan anak muda itu. Rasa mahu ketawanya ditahan sebaik mungkin.
Banyak pulak hal yang nak dibisikkan Kameel kepada Jibam.
“Kameel!” getus Katrina sudah tahu apa
yang sedang dibuat oleh adiknya itu.
“What?” dengan kening terangkat dia memandang kakaknya di sebelah
kiri Jibam.
“Cakap apa ha?” degus Katrina lantas
menolak adiknya itu.
Jibam tersenyum-senyum sendiri. Apa yang
dibisikkan oleh adik iparnya itu membuatkan dia gelihati.
“Mana ada cakap apa-apa. Kameel cuma
pecahkan rahsia kak long aja,” ujar Kameel lantas menarik Jibam semula.
Terbeliak mata Katrina melihat gelagat
selamba adik bongsunya itu. Yang lain sudah ketawa gelihati. Semua orang di
dalam keluarga ini sudah tahu rahsia itu.
“Kameel, janganlah! Jahat betullah dia
ni,” rungut Katrina sudah mula merah mukanya. Melalui belakang Jibam dia
menolak bahu adiknya itu.
“Biarlah Abang Long tahu perangai Kak
Long. Nanti takdelah Abang Long terkejut tengok perangai Kak Long pelik-pelik.”
Terkekeh-kekeh Kameel ketawa. Jibam akhirnya ikut ketawa.
“Gelak!” rengus Katrina sebal melihat
Jibam ikut tergelak dengan adiknya.
“Ada lagi.. nak dengar?” ucap Kameel
nakal. Katrina menghela nafas geram.
“Nak.. nak..”
Katrina hanya mampu menghela nafas geram
melihat dua lelaki itu berbisik-bisik tentang dirinya sambil ketawa.
“Okay tak Kak Long?” tanya Kameel agak
perlahan sambil mengangkat ibu jarinya kepada Jibam.
“Okay.. okay.. sekarang baru abang tahu
perangai sebenar dia,” jawab Jibam lalu tergelak serentak dengan Kameel.
“Apa you all cakap ni ha?” Katrina
menepuk bahu suaminya. Sakit hatinya melihat Jibam dan Kameel macam sedang
mengolok dia.
“Takde apa-apa..” Jibam menoleh lantas
menggeleng kepada Katrina.
Rahsia yang paling membuatkan dia mahu
tergelak.. Katrina suka gunakan bilik air tanpa menutup pintu apatah lagi menguncinya.
Itu dia memang kena berjaga-jaga. Takut nanti terambush pada waktu yang tidak
tepat!
Rahsia kedua Katrina selalu paksa orang
buka pintu kamar mandi kalau dia nak gunakan kamar itu kala itu juga. Rahsia
seterusnya Katrina tak suka tengok tv sorang-sorang tapi suka conqure remote
tv. Sebab dia nak mesti nak baring atas riba sesiapa sahaja yang ada dekat
dengan dia. Atas riba orang orang gaji pun boleh. Asalkan ada! Kalau takde
sesiapa temankan dia, dia tak suka tengok tv. Tapi bila dia dah ada depan tv
bermakna semua orang kena tengok rancangan yang dia suka!
Seterusnya.. Katrina memang raja segala
pemalas kalau tengah sedap tengok tv! Air dia minum pun dia suka paksa
adik-adik dia buatkan untuk dia. Lagi.. Katrina selalu parking kereta tak tarik
handbreak sampai daddy mereka terpaksa tukar pintu pagar rumah mereka sebanyak
tiga kali disebabkan kecuaian Katrina. Ada lagi.. Katrina suka menyorok dalam
tub mandi kalau merajuk dengan orang tuanya. Jibam tersenyum-senyum mengenang
semua itu. Manis sahaja di pendengarannya walaupun agak kelakar.
“I dah tak buat perangai macam tu, okay.
Kameel ni sengaja nak besar-besarkan cerita!” tukas wanita itu lantas menjeling
Kameel di sebelah sana.
“Takde mananya! Kak Long tu memang suka
paksa orang ikut cakap dia,” selar Kameel tidak setuju dengan ujaran Katrina.
“Yelah.. Adik kenalah ikut cakap kakak,”
jawab Katrina selamba.
“Nak tahu rahsia lagi?” Tan Sri
Kamaruddin pula mencelah.
“Daddy!” rengus Katrina mula menjegilkan
mata kepada ayahnya itu pula.
Tan Sri Kamaruddin sempat berpandangan
dengan isterinya itu. Masing-masing sedang menahan senyum.
“Alah.. ini rahsia yang tak berapa nak
rahsia sangatlah. Kak Long selalu suruh angah lipat baju dia. Underware dia pun
suruh kita yang lipatkan. Dahlah fesyen underware dia selalu pelik-pelik!” Laju
sahaja Keisya membuka rahsia Katrina yang seterusnya. Meledak tawa di meja itu
melainkan Katrina.
“Angah ni memang nak kenalah! Jangan
bising boleh tak? Itu pun nak cerita ke?”
“Alah.. apa nak malu? Nanti Abang Long
nampak jugak fesyen underware Kak Long tu macamana. Lainlah kalau Kak Long nak
sidai underware tu dalam handbag Kak Long..” perli Keisya dengan cukup
bersahaja.
Kah..kah..kah.. semakin lantang gelak
tawa mereka semua mendengar ucapan Keisya yang meluncur selamba. Muka Katrina
merah. Malunya dia terutama sekali kepada Jibam. Baru beberapa jam Jibam
menjadi suaminya ahli keluarganya sudah memecahkan sebahagian tembelangnya.
Fesyen underware ya? Jibam tersenyum
sahaja memandang wanita di sebelahnya itu. Lain macam perasaannya kala ini.
Mungkin inilah perasaannya bagi semua lelaki yang baru sahaja bertukar status
kepada suami.
Jibam terpaku lama saat pertama kali menjejakkan kaki ke rumah
perempuan itu. Mula-mula masuk sahaja dadanya sudah terasa lain macam. Suasana
rumah yang sangat privasi itu memberikan dia ketenangan. Dekorasinya sudah
cukup untuk memberitahu sesiapa yang datang rumah ini milik seorang wanita.
“Ini bilik you..” ujar Katrina
membuatkan Jibam menoleh ke arah Katrina. Perlahan dia menggerakkan kedua
kakinya ke arah isterinya itu.
“Bilik Kat mana?”
“Ni..” Katrina menunjukkan ke arah pintu
bertutup tidak jauh dari mereka itu. Kalau keluar serentak memang boleh
berlaga. Dekat sangat!
Jibam menjengah ke dalam. Kemas sahaja
bilik itu. Sedap matanya memandang.
“Baju you bila nak ambil?”
“Esok.” Sepatah sahaja jawapan Jibam
tanpa mengalihkan pandangannya daripada persekitaran bilik itu.
“Malam ni you nak pakai apa? I takde
baju untuk you.”
“Takpe. Hal kecik je tu. Esok pagi saya
pergi ambil baju saya di rumah sana.” Jibam menoleh sebelum menjawab. Katrina
dilihatnya sedang berpeluk tubuh sambil bersandar ke ambang pintu biliknya.
“Okay.. I nak masuk bilik dulu. Penat!
You buatlah macam rumah sendiri.” Katrina mula berpaling untuk ke biliknya
pula. Jam sudah melintasi angka 11. Dia sudah letih benar.
Hampir 30 minit di dalam bilik air
wanita itu keluar setelah tubuhnya terasa segar. Kemudian dia menghadap cermin.
Wajahnya dibeleknya seketika. Teringat yang dia sudah lama tidak membuat
rawatan wajah menggunakan timun dan tomato tiba-tiba angin rajinnya sampai.
Katrina terus bangun dari kerusi meja soleknya.
Langkah Katrina terhenti di ambang
dapurnya. Kelibat Jibam yang sedang terbongkok-bongkok menilik suiz pemanas air
itu ditatap seketika dari arah belakang. Dadanya mula tidak merasa tidak sedap.
Ada paluan sudah membuatkan dia rasa nak lari dari situ segera.
Namun baru sahaja dia mahu berpatah
balik Jibam sudah menoleh. Terpaksalah dia buat-buat selamba walaupun segannya
dia memandang Jibam yang sedang tidak berbaju itu tidak terkata. Bukan setakat
tidak berbaju. Tali pinggang dan butang atas seluarnya terbuka. Nasib baiklah
zipnya elok lagi dizipkan sehingga ke atas.
Alahai.. jangan seksi sangat, boleh tak?
Ada perempuanlah dalam rumah ni, keluh hati perempuan itu sendiri.
"Suiz ni rosak ya?" tanya
Jibam sebaik sahaja Katrina masuk ke kawasan dapur itu.
"Ha'ah.. dah seminggu macam tu.
Kalau on, habis satu rumah black out. I dah panggil maintanance tapi dia orang
belum datang lagi," jawab Katrina tanpa memandang. Sekarang dia pulak yang
takut memandang tubuh sasa Jibam. Dadanya semakin bergendang dalam diam. Agaknya
kalau dia dibanting lelaki itu, sekejap aja patah dua dia jadinya.
"Saya boleh baiki tu. Esok saya
buat," ujar Jibam sambil menggaru pelipisnya.
"Kat nak buat apa ni?" tanya
Jibam saat terpandang Katrina bersandar sahaja ke dinding sambil memandangnya.
Dengan lagak selamba Jibam menggaru dadanya pula di hadapan wanita itu.
“I nak.. err.. I dah lupa apa I nak buat
tadi,” ujar Katrina kalut sendiri. Dia memandang sekeliling, cuba mencari idea
apa yang harus dilakukan selain daripada menghadap Jibam yang begitu seksi itu.
“Nak minum air ke?”
“Emm.. aaa.. a’ah, I nak minum air.”
Katrina sudah tidak tentu arah. Segannya dia mahu memandang Jibam. Sudahnya dia
pergi menuang air sejuk di dalam gelas putih kemudian diteguknya sampai kembung
perut.
Saat dia menoleh ke belakang Jibam sudah
tidak ada di situ. Fuh! Lega.. Katrina tersandar ke kabinet di tepinya.
“Relax, Kat! Baru hari pertama. Jangan
gelojoh!” ucapnya sambil menepuk-nepuk pipinya yang terasa hangat.
“Apa aku nak buat tadi ya?” Katrina
berfikir sendiri. Ha.. nak buat masker!
Peti ais dibukanya. Sebatang timbun yang
masih segar dan beberapa biji buah tomato diambilnya lalu dicuci. Kemudian dia
membuka pintu kabinet bahagian atas. Sambil menjingkit dia meraba-raba rak yang
paling atas. Namun hujung jarinya membuatkan mesin pengisar yang disimpannya di
atas itu semakin tertolak ke dalam. Terjingkit-jingkit dia cuba mencapai lagi.
Namun gagal.
“Alah.. malaslah nak ambil kerusi!”
rengus wanita itu sendiri.
Namun tiba-tiba dia terasa ada tangan
besar melekap di kedua-dua belah rusuknya. Dan tubuhnya terus terangkat ke atas
tanpa sebarang amaran. Katrina sempat menoleh ke bawah dalam pada dia
tergantung begitu.
Jibam tengah angkat dia! Mak ai.. macam
angkat budak umur 5 tahun aja gelagat Jibam. Berderau darah Katrina dengan
perbuatan lelaki itu. Namun terpandangkan mesin pengisar yang diperlukannya itu
tanpa berfikir panjang Katrina terus mencapainya.
“Dah?” tanya Jibam.
“Dah!” serentak itu tubuhnya diletakkan
ke bawah semula.
“Thank’s..” Tidak terpandang Katrina
wajah lelaki itu. Malu sungguh!
“Nak buat apa tu?” tanya Jibam dari arah
belakang.
“Masker..”
“Masker tu apa?” tanya Jibam tiba-tiba
ramah pula dengan teman serumahnya itu.
“Emm.. benda yang perempuan selalu letak
kat muka sebelum tidur,” jawab Katrina dengan tolehan sekilas. Jibam berdiri
betul-betul di belakang dia. Belum habis debar di dadanya kini jantungnya rasa
macam nak putus pula saat terpandangkan otot di atas dada lelaki itu
bergerak-gerak entah kenapa. Menggigil tangannya saat dia cuba menghiris batang
mentimun di tangannya. Pisau itu tiba-tiba terasa tumpul. Asyik tersasar aja.
“Pisau tu tumpul ke?” tanya Jibam.
Hairan dia melihat pisau berkilat di tangan Katrina itu tidak mampu membelah
timun itu.
“Ha?” Katrina tersentak diterpa suara
Jibam.
Tanpa kata Jibam terus mengambil pisau
dari tangan Katrina, juga timun itu. Hujung timun yang berwarna hijau pekat itu
dipotongnya. Lalu bahagian yang terpisah itu dibuangnya. Kemudian timun itu
dipotong kepada beberapa bahagian. Elok pula rasanya pisau itu. Takde tumpul
pun. Kemudian semua biji tomato itu dibelah empat.
“Thank’s..” sekali lagi Katrina
mengucapkan terima kasih setelah selesai lelaki itu selesai memotong semua
bahan itu. Dia hanya tinggal mengaut kesemuanya untuk dimasukkan ke dalam mesin
pengisar itu. Setelah dimasukkan sedikit air semua bahan-bahan itu dikisarnya.
“Kalau buat macam tu muka boleh putih
ke?” tanya Jibam asyik sekali memandang apa yang dibuat oleh isterinya itu.
Kalau boleh putih, dia pun nak buat juga rasanya.
“Takdelah boleh putih. Tapi boleh
cantikkan kulit.”
Jibam mula meraba wajahnya. Terasa
tunggul-tunggul jambangnya sudah mula keluar. Kasar!
“Kalau saya buat, boleh cantik ke kulit?”
tanya Jibam lurus.
“You nak jugak ke?”
“Nak jugak..” jawab Jibam lantas
memandang masker buatan tangan Katrina itu.
“Tahu ke cara pakai?”
Laju aja kepala Jibam menggeleng.
“Pergi cuci muka dulu. Nanti I ajarkan,”
ucap Katrina lembut.
Laju kaki Jibam pergi menunaikan suruhan
wanita itu. Tidak sampai seminit kemudian dia sudah berada di ruang tamu.
Katrina sedang menunggu dia di sofa.
“You pakai pencuci muka apa?” tanya
Katrina sambil menepuk sebelahnya, meminta Jibam duduk di situ.
“Emm.. selalunya saya pakai sabun mandi
aja.”
“Ha?” terkedu Katrina mendengar jawapan
Jibam. “Habis tu tadi you cuci muka pakai apa ni?” tanya Katrina sekali lagi.
“Saya pakai sabun mandi picit-picit yang
ada kat dalam bilik air tu.” Sekali lagi Jibam menjawab penuh kejujuran.
Menggeleng wanita itu dibuat Jibam. “Mana
boleh pakai sabun mandi. Nanti kulit kering. Baring cepat!” Katrina mula
bangkit untuk memberi laluan kepada lelaki itu.
Jibam terus berbaring di sofa panjang
itu. Namun saat jemari wanita itu melekap di wajahnya dia terasa macam direnjat
eletrik. Sudahlah timun dan tomato hancur itu rasanya sejuk. Tiba-tiba dia
terasa macam tidak mampu bernafas.
“Cukur misai you hari-hari ya? Nanti I
belikan you pencukur eletrik. Senang you nak shave pagi-pagi,” ucap Katrina
lembut sambil mengoles-oles wajah Jibam dengan masker alami itu. Dia langsung
tidak sedang Jibam sedang kejung menahan nafas.
Jibam terbuntang memandang atas tanpa
menjawab. Wajah Katrina yang berada dekat dengannya tidak mampu dipandangnya. Sudahnya
dia keras macam mayat di atas sofa itu.
“Okay, dah siap! Tunggu sampai kering. Lepas
tu cuci macam biasa.”
Jibam terus bangun setelah wanita itu
menjauhinya.
“I nak masuk tidur ni. You nak tidur
nanti tolong off lampu ruang tamu ya?” pesan Katrina lantas meninggalkan Jibam
sendirian di sofa itu.
Jibam memandang. Hayunan punggung wanita
itu dipandang sambil menelan liur. 3 tahun.. selama itu macamana dia nak
menahan perasaannya yang kian tercuit kepada Katrina? Entah.. Jibam tidak tahu.
Dia hanya mampu membiarkan masa yang mementukan semua itu.