3
Tiada paluan kompang..
Tiada majlis kenduri kendara menyambut mereka berdua.
Hanya hening!
Itulah yang berlaku pada permulaan mereka setelah
diijabkabulkan sebagai suami isteri. Sah dari segi hukum syaraknya. Namun
Jeffrey dan Kiah sedar, mereka bernikah tanpa sebarang dokumen atau apa-apa
surat kebenaran daripada Jabatan Agama Islam di tempat itu.
Jeffrey termenung seketika di luar rumah itu biarpun
orang ramai yang wujud sebentar tadi semuanya sudah pergi. Kiah pula di dalam
rumah. Gigitan nyamuk dan kegelapan luar tidak dipedulikan. Sebaliknya dia
asyik memikirkan apa yang berlaku sekejap tadi. Macam mimpi! Niatnya mahu
membalas dendam kepada Kiah kini sudah menjadi begini. Dia tidak tahu bagaimana
untuk menghadapi semua ini. Emaknya, kakaknya, adik beradiknya yang lain
semuanya tidak tahu apa yang sudah berlaku. Dan dia masih tidak tahu bagaimana
mahu menerangkannya nanti.
Kata-kata Pak Buyamin, ketua kampung selaku kadi di
kampung itu masih diingatinya. Lelaki itu yang menikahkan mereka setelah
didesak oleh Pak Berahim, bapa saudara Kiah.
“Kamu kena lapor cepat di pejabat agama. Aku akan jadi
saksinya. Dapatkan surat nikah tu cepat.” Lelaki itu berpesan begitu.
Dia hanya diam tidak menjawab.
“Kalau kamu tak lapor, aku yang akan lapor nanti. Kamu
faham? Kamu jangan nak buat naye si
Kiah tu. Dia tu anak yatim,” ucap lelaki tua itu lagi.
“Tengoklah nanti..” hanya itu jawapan yang dia berikan
kepada ketua kampung itu.
Surat nikah.. Jeffrey menghela nafas seketika.
Tanpa surat nikah itu mereka ibarat pasangan yang
bersekedudukan walaupun dari segi hukum syaraknya Kiah adalah isterinya yang
sah. Hanya orang sekeliling yang tahu mereka adalah suami isteri. Tetapi
biarpun begitu masalah tidak sepenuhnya selesai. Mereka pasti akan berhadapan
dengan tindakan pihak berkuasa.
Tiba-tiba Jeffrey bangun dari situ. Tanpa dijemput dia
terus masuk ke dalam rumah. Matanya meliar mencari Kiah sambil dia menutup
pintu dapur itu. Pintu itu dikuncinya dari dalam. Kawasan dapur itu hening.
Akhirnya Jeffrey memanjat tangga untuk naik ke lantai
atas rumah kayu itu. Sambil berjalan di anjung rumah itu dia memandang persekitaran
di dalam rumah itu. Ruang tamu itu penuh dengan perabot-perabot lama. Di
pertengahan anjung itu terdapat sebuah bilik. Jeffrey terus menjenguk ke dalam
bilik itu.
Kiah terkejut melihat wajah lelaki itu terjengul di
ambang pintu bilik itu. Melihat wajah serius Jeffrey tiba-tiab dia disapa
gentar yang teramat sangat. Kini mereka berdua sahaja di dalam rumah ini. Tiada
siapa yang boleh menyelamatkan dia daripada lelaki ini.
“Kat sini kau menyorok ya?” ucap Jeffrey dengan sengih
jahatnya. Matanya liar memandang Kiah yang duduk memeluk lutut sambil bersandar
ke dinding di belakangnya. Mata Kiah yang sembab langsung tidak mampu mengundang
rasa simpatinya.
Kiah tidak terdaya untuk menjawab. Lututnya semakin
dirapatkan ke dada sambil memerhatikan tindak tanduk lelaki yang sudah menjadi
suaminya itu.
Jeffrey tersengih dengan mata meliar. Sengaja mahu
menakutkan perempuan itu.
“Aku memang dah tak sabar lagi. Tadi orang tua tak guna
tu kata aku cabul kau. Sekarang aku nak buat lebih dari itu. Siap kau!” ucapnya
lantas membuka baju di hadapan mata Kiah.
Kiah menggeleng berkali-kali. Apa yang bakal berlaku
sekejap lagi dia sudah dapat menekanya. Bayangan itu membuatkan dia tidak mampu
menarik nafas seperti biasa.
“Mana ubat kuat tu?” tanya Jeffrey dalam nada tajam.
“Ubat ape
kebendenye??” jawab Kiah dalam ketakutan. Berbalam-balam pandangannya
kepada si lelaki yang berdiri di ambang pintu biliknya itu.
“Aku tanya sekali lagi. Mana ubat kuat tu?” tekan Jeffrey
keras.
Kiah menelan liur. “Mane
ade. Dah sold out!”
“Amboi.. pandai kau sebut sold out tu ya? Jangan bohong!
Siang tadi kau nak jual kat aku. Kau kata aku boleh terai kat bini aku. Sekarang aku nak telan sebotol terus! Aku nak
terai kat kau. Mana ubat tu???” herdik Jeffrey cukup lantang.
Uwwaaaa.. tak nakkk!!! Kiah terasa mahu terjun tingkap
saat itu. Tapi takut pulak. Sebab anjung rumah ni tinggi. Patah pulak kaki dia
nanti.
“Ubat tu dah expired. Mane boleh makan doh! Nanti
tercirit kamu dibuatnye,” jawab Kiah dalam riak takut-takut yang cuba
disembunyikan.
“Haaa.. pandai kau bagi alasankan? Tiba-tiba ubat tu
expired pulak! Takpe.. aku tak makan ubat kuat kau tu pun takpe. Sebab aku dah
memang kuat,” ucap Jeffrey lantas menapak dekat kepada Kiah.
“Jangan le..” Kiah mengongoi takut. Berderai lagi air
matanya dibuat oleh Jeffrey.
“Apa jangan? Kau kan bini aku sekarang?”
“Aku takde mood nak bermesra-mesraan dengan kamu ni..”
jawab Kiah membuatkan Jeffrey tergelak kuat. Berdekah-dekah lelaki itu ketawa
sambil bercekak pinggang.
“Takpe. Mood aku tengah banyak nak kerjakan kau ni,” jawba
Jeffrey lantas meletakkan lututnya di hadapan Kiah. Tangan Kiah cuba
dicapainya. Namun Kiah lebih pantas menepis. Spontan wanita itu merangkak untuk
melarikan diri.
“Mana kau nak pergi??” giat Jeffrey lantas menarik hujung
kain batik isterinya itu. Terkial-kial Kiah menarik kainnya semula daripada
lelaki itu.
“Kamu ni.. nape le
jahat bebebor ke kume ni, Yop! Kume
tak ade ngacau kamu pon!” getus
Kiah dalam tangisan yang kuat.
“Aku suka jadi jahat bila dekat dengan kau. Sini cepat!
Aku nak gulai kau cukup-cukup malam ni. Biar mulut banyak kau tu terkatup!”
ancam Jeffrey sambil terus mendekati wanita itu.
“Aku tak mahu. Kamu janganlah kacau aku! Pergi le sane nunnnn..” Kiah cuba menolak
lelaki itu. Tetapi tolakannya langsung tidak membuatkan Jeffrey berganjak.
“Berani kau tolak aku eh, Kiah? Meh sini tangan kau ni.
Nak kena ajar ni!” Jeffrey menarik tangan Kiah. Salah satu jari Kiah
dipegangnya lalu didekatkan ke mulutnya.
“Ape kamu nak
buat ke aku ni, Yop? Jangan leee..”
“Aku nak gigit jari kau ni sampai putus! Lepas tu jari
kau tu aku nak makan!” jawab Jeffrey serius.
“Jahatnyeeee..
kamu ni. Tangan aku tu pun kamu nak makan. Kamu dah kebulor ke ape? Kamu tak makan ke petang tadi? Kan kedai mamok kat Kg Gajoh tu bukak??
Huwaaaa...”
Kiah hanya mampu meraung mengenangkan nasib dirinya
selepas ini. Sebelah tangannya digunakan untuk menutup matanya tatkala jarinya
hampir sahaja sampai ke mulut Jeffrey. Tak sanggup dia nak memandang jarinya
putus nanti.
“Tahu kau takutkan? Aku baru cakap nak gigit jari kau,
kau dah meraung!” ucap Jeffrey menang. Jari Kiah dilepaskannya.
Teresak-esak Kiah menangis. “Sampai hati kamu buat macam
ni ke aku. Aku ni doh lee anak yatim
piatu..” Kiah menangis lagi tak henti-henti.
“Sudahlah! Balik-balik nak ulang ayat simpati kau tu.
Anak yatim piatu konon!” cemuh Jeffrey lantas bangun dari situ.
“Tak ingin aku nak makan jari kau tu. Banyak lagi benda lebih
berfaedah aku boleh buat kat kau lepas ni. Siaplah kau!” ucap Jeffrey lantas
berjalan menuju ke pintu. Sempat dia memandang Kiah semula.
“Kau jangan ingat kau boleh lepas dari aku. Banyak dendam
aku pada kau. Terutama sekali pasal pak cik kau nak tembak aku tadi! Semua
orang tuduh aku cabul kau!” kata Jeffrey lagi sambil menunding kepada Kiah yang
masih terisak-isak sendiri.
“Mane le aku
tahu deme nak tuduh kamu cabui aku.
Bukan aku yang suroh. Kamu yang masuk
ghomah aku tu, nape..” jawab Kiah dalam tangisan yang lebat.
“Eee.. menjawab pulak dia!” getus Jeffrey lantas
mendekati Kiah semula.
“Dah kamu bercakap dengan aku, aku jawab leee.. Huwaaaa...” Kiah meraung lagi.
“Diamlah! Tengok muka sememei kau tu, tak selera aku nak
sentuh kau! Hingus sampai berbelon-belon!” bentak Jeffrey sakit hati.
“Bior leee..
hingus aku. Bukannye hingus kamu,” jawab Kiah semula.
“Hey! Minah ni.. menjawab lagi!” rengus Jeffrey lantas
berpaling dari situ. Tak kuasa dia mahu melayan tangisan si Kiah.
Akhirnya Jeffrey turun ke bawah. Tidak tahu mahu berbuat
apa dia akhirnya berbaring di kerusi panjang tempat Kiah berbaring waktu
pengsan tadi. Namun dia tidak sedar bila masanya dia terlelap.
Subuh itu tatkala dia turun ke bawah Kiah ternampak Jeffrey
tidur di kerusi panjang. Lelaki itu mengerekot kesejukan sendiri.
“Eee.. ingatkan dah balik KL. Ade lagi si Yop ni dalam
ghomah aku ni rupenye..” bebel Kiah sendiri. Namun sedikit pun dia tidak mahu
mengusik lelaki itu. Perlahan-lahan dia berjalan ke kamar mandi bersebelahan
dengan dapur.
Usai mandi dan berwudhuk, terjingkit-jingkit dia berjalan
mahu naik ke atas. Bimbang benar derap kakinya membuatkan lelaki singa itu
terjaga.
Usai sembahyang Kiah termenung seketika.
“Ape aku nak
buat ni?” tanyanya kepada diri sendiri. Kemudian kepalanya digaru.
“Buat-buat tak nampok
aje si Yop tu, senang!” ucapnya Kiah perlahan. Dia terus bangun untuk
mengemas tempat tidurnya. Kemudian dia turun ke bawah.
Di bawah Jeffrey masih lena. Seronok benar agaknya tidur
beralaskan kusyen buruk itu. Kiah mula memasak air. Dia mahu menyediakan
sarapan untuk dirinya. Namun tatkala siang sudah menjelma Jeffrey mula terjaga.
Buat seketika dia duduk termenung di kerusi panjang itu. Kemudian dia memandang
si Kiah yang sedang sibuk di dapur.
“Bagi aku tuala. Aku nak mandi.” Jeffrey berkata agak
selamba kepada isterinya itu.
Kiah menoleh seketika. Melihat wajah serius Jeffrey dia
tidak berani membantah. Sehelai tuala bersih diambilnya untuk lelaki itu.
Kemudian dia kembali menyambung kerjanya.
Walaupun dalam kepalanya sudah disetkan mahu menyediakan
sarapan hanya untuk dirinya seorang. Namun nasi goreng di dalam kuali itu
nampak macam untuk dua orang banyaknya. Begitu juga ubi rebus dan kepala parut
yang akan dijadikan hidangan sampingan.
“Ape banyok bebenor
ni?” ucap Kiah sendiri. Kiah, jangan layan si Yop tu! Bior lantok die tak
makan! bisik hatinya sendiri.
“Hoi!” sergah Jeffrey yang baru keluar dari kamar mandi.
“Oi! Lantok kamu
terlebih makan!” Spontan Kiah melatah dengan bahu terangkat akibat terkejut.
Eee.. aku bagi penyepok seliang juge die ni karang! Kutuk Kiah dalam
hati.
“Apa kau buat tu?” tanya Jeffrey lantas mendekati Kiah.
Kiah berganjak sedikit tatkala lelaki itu memandang ke
dalam kuali. Dengan muka selamba Jeffrey mencium aroma nasi goreng itu.
“Kau ada letak ubat julap tak dalam ni?” tanya Jeffrey
dengan sorotan mata tajam kepada wanita itu.
“Kamu ni dah biol
gamoknye. Kalau aku letak ubat julap, aku pun sakit perut sekali! Tengin!” jawab Kiah dalam takut-takut
mahu memandang lelaki itu.
“Kau ni memang pandai menjawab.. kan?” ucap Jeffrey
geram. Kiah mula didekatinya.
“Dah kamu bercakap dengan aku, aku jawab leee.. pergi le
pakai baju sana, Yop!” ucap Kiah tanpa mahu memandang lelaki itu. Tidak selesa!
Lelaki hanya bertuala di hadapannya. Takut benar dia.
“Kenapa? Kau tak suka tengok aku macam ni? Kalau.. aku
buat macam ni?” dengan selamba Jeffrey membuka tualanya di hadapan Kiah.
“Eeee.. ape
kamu buat ni, Yop? Ketumbit mate aku nengok burung kamu tu nanti! Aku lestit burung kamu tu karang!” jerit
Kiah lantas menutup mukanya.
Jeffrey terus tergelak berdekah-dekah melihat gelagat
Kiah. Tualanya kembali diikat. Melihat Kiah begitu dia lagi bersemangat mahu
menganggu ketenteraman Kiah.
“Pergi le balik KL nunnnn..”
ucap Kiah lantas menolak lelaki itu jauh darinya.
“Apasal kau halau aku? Takut dengan aku?” ancam Jeffrey.
Dia semakin mendekati wanita itu dengan muka jahatnya.
“Aku tak suke
ke kamu ni, Yop! Jangan le dekat
dengan aku ni,” rengus Kiah meninggi.
“Apasal pulak? Aku nak jugak dekat dengan kau. Apa kau
nak buat? Nak lari?”
“Heeee... kamu ni memang le doh meren! Aku pun jadi meren
layan kamu ni!” getus Kiah lantas berjalan ke arah lain.
“Biarlah kita sama-sama mereng. Aku memang nak bagi kau
mereng pun.”
Kiah menghela nafas perlahan. “Ape leee malang nasib aku kenal kamu ni, Yop. Malu aku kat oghang. Pasal kamu aku tak lalu nak keluor ghomah,” ucap Kiah perlahan.
“Siapa suruh kau cari pasal dengan aku? Sekarang ni aku
nak kau buat apa aja yang aku suruh. Apa aku nak, kau kena bagi! Kat bapak aku
kau boleh bagi ubat kuat tu. Kenapa kau tak mahu bagi kat aku?” balas Jeffrey
tajam. Tak puas-puas dia mahu menyakitkan hati si Kiah.
Kiah menghela nafas perlahan. Sakit hatinya tidak
terkata. “Mulut kamu ni memanglah joghen!
Kamu telan le sekali dengan botoi obat tu. Takde lutnye dengan kamu!”
“Amboi.. mencabar nampak. Sini kau!”
Melihat Jeffrey meluru kepadanya, Kiah terus menjerit
sekuat-kuat hatinya. Perbuatan wanita itu membuatkan Jeffrey kalut tiba-tiba.
“Hey, diamlah bodoh!” getusnya lantas menekup mulut
perempuan itu.
Menggelupur Kiah mahu melepaskan diri. Penuh satu mukanya
dek telapak tangan Jeffrey. Hampir sahaja dia lemas tidak mampu bernafas.
“Kau ni memang banyak mulutlah, Kiah! Habis sekampung
dengar suara kau. Nanti kalau pak cik kau tahu, mulalah dia bawak senapang dia
datang sini nak tembak aku!” rengus Jeffrey lantas melepaskan perempuan itu.
“Kamu tu macam perogol bersiri! Takut aku tengok kamu
ni.”
“Itu baru sikit aku tunjuk skill aku. Kau dah macam-macam.
Tapi takpe.. aku bagi kau peluang lagi. Banyak dendam aku yang kau kena
lunaskan tau, Kiah. Kau tunggu aja! Aku akan balas cukup-cukup pada kau. Kau
jangan mimpi nak lari daripada aku,” ujar Jeffrey cukup tajam. Seketika
kemudian dia terus meninggalkan Kiah sendiri di situ.
Terkumat-kumit mulut Kiah membebelkan lelaki itu.
“Aku letok
racun tikuih dalam nasi tu, baru kamu
tahu!” getus Kiah sakit hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan