Nur Insyirah..
Seorang gadis kelahiran, Felda Selanchar. Tamat SPM dengan
kecemerlangannya dia mendapat tajaan untuk membuat A Level di UK. Bagi Insyirah
dia menggalas harapan sang ayah yang berharap agar dia dapat mengubah nasib
keluarga dengan pendidikan. Pak cik Syawal hanya seorang pekebun yang
mengusahakan kebun sawit. Hidup mereka hanya sederhana tetapi bagi Pak cik Syawal
dia mahu anak-anak berjaya di dalam pelajaran. Bukannya mewarisi kerja
sepertinya yang tidak memerlukan pendidikan. Pak cik Syawal mahu anak-anaknya
berjaya di dunia dan akhirat.
United Kingdom, bumi itu asing bagi Insyirah.
Semuda itu dia menongkah arus merentang badai sendirian di bumi penjajah itu.
Takdirnya tertulis apabila dia dianaiya oleh rakan seuniversiti ketika di tahun
pertama hingga menyebabkan dia terpaksa mengahwini anak lelaki ternama berasal
dari Swisszerland itu.
Estaban Joseph Buhler..
Lelaki itu kaya. Namun dia kufur dengan
nikmat yang diberikan kepadanya. Lelaki itu tidak sukakan agama malah tidak
percaya kepada Tuhan. Namun di atas kesilapannya dia akhirnya terpaksa akur
dengan kuasa yang tiada di tangannya. Dia ‘terpaksa’ memeluk agama islam dan
mengahwini gadis yang yang sudah hamil akibat perbuatan durjananya. Sebagai
ayah Cristopher Buhler tidak rela pewaris kekayaan keluarga yang bakal lahir
menjadi ‘anak haram’ dan tidak berayah. Lalu dia memaksa Estaban
bertanggungjawab. Paksaan itu telah membawa satu revolusi di dalam hidup lelaki
itu. Nama sahaja dia orang islam namun jiwanya melakukan penentangan terhadap
agama islam dengan sengaja melakukan lebih banyak kemungkaran.
Tetapi Janji
pada-Nya telah membuatkan Insyirah kebal dengan segala kepayahan yang
dilaluinya. Baginya biar apapun yang terjadi Estaban Buhler harus mengakui
dirinya adalah Muhammad Ariff Buhler dan bukan lagi Buhler atau Estaban.
Insyirah tidak ingin patah semangat dalam mendidik akidah Ariff dan menghalang
Ariff daripada murtad semula. Namun terdayakah dia mengislamkan suaminya yang
angkuh itu? Mampukah dia menahan gelora hati apabila melihat suami semakin jauh
dari landasan akidah? Bagaimana pula dengan kehidupannya setelah itu? Semuanya
bukan mudah namun janji-Nya semua yang berlaku ada hikmahnya.
sy macam pnh baca cerita ni kat blog...tapi sy xtau apa nama blog tu...
BalasPadamkisah yg bnyak konflik....boleh tahu tak, cerita ni dh terbit ke? n keluaran apa?
t.kasih