Khamis, 13 November 2014

Teaser Seciput JIBAM KAHWIN JANDA VOUGE!

Jibam tiba di hadapan Katrina kala itu. Daddy ada kat rumah?” tanya Jibam lembut.
Daddy tak ada. I yang ada kat depan you sekarang ni.” Katrina menyambut selamba.
Jawapan Katrina itu membuatkan Jibam tergelak sendiri.
“Saya nak hantar beg ni masuk. Lepas ni saya nak balik. Malam ni saya berniaga. Barang-barangnya saya belum sediakan lagi,” ucap Jibam sekadar mahu meminta izin untuk masuk ke dalam.
“You dah makan ke?” tanya Katrina setelah salah satu beg di tangan Jibam diambil.
“Belum.”
“Makan dulu sebelum balik ya? I temankan you,” pelawa Katrina cukup mesra.
Memikirkan perutnya memang sedang lapar, Jibam segera mengangguk. Katrina sekadar meminta beg pakaian Keisya itu diletakkan di tepi tangga. Kemudian lelaki itu terus digamitnya ke arah meja makan.
“Kat tak makan sekali?” tanya Jibam. Hanya ada satu pinggan disediakan Katrina di atas meja makan itu.
“I dah makan tadi. Kenyang lagi.”
Sambil menemankan lelaki itu makan, Katrina duduk bersebelahan dengan lelaki itu. Sekadar memandang lelaki itu dari tepi. Tidak jemu-jemu dia menatap gelagat Jibam. Sehingga Jibam mula terperasan dirinya sedang diperhatikan. Melihat renungan Katrina terpasak kukuh kepadanya, mulalah dia diterpa rasa lain macam. Nak makan pun rasa segan.
“Kenapa Kat pandang saya macam tu?” tanya Jibam agak payah.
“Saja,” sambut Katrina selamba.
Lambat-lambat Jibam meneruskan suapannya. Katrina mula tersenyum sendiri. Dia tahu Jibam malu.
“Lagi beberapa hari kita nak kahwin, you nak segan dengan I lagi ke?” ucap Katrina lembut.
Jibam diam tidak menoleh. Perasaan yang sedang bergendang kuat dalam dadanya cuba dikawal. Seumur hidupnya tidak pernah dia dilayan semesra ini. Katrina? Lagilah mimpi! Biarpun hakikatnya mereka bakal berkahwin dalam masa seminggu lagi, namun dia tidak pernah lupa yang Katrina adalah isteri sementara sahaja.
“I bosan kat rumah ni, Jibam. I nak ikut you boleh tak?” tanya Katrina perlahan.
“Ikut pergi mana pulak?” balas Jibam serentak itu dia menoleh ke arah perempuan itu.
“Pergi rumah youlah.”

Erk! Jibam rasa nasi di dalam mulutnya seolah-olah sedang tercekik di kerongkongnya. Ikut dia balik rumah? Nak buat apa??

1 ulasan: